BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Strategi Keselamatan Jalan Raya Perlu Utama Penunggang, Pembonceng Motosikal

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Strategi Keselamatan Jalan Raya Perlu Utama Penunggang, Pembonceng Motosikal​

e4e292f0a557daa3d75f28a9fbeff89f6a841e23d9897


Penunggang dan pembonceng motosikal yang merangkumi kira-kira 66 peratus daripada jumlah kematian jalan raya mesti menjadi fokus utama dalam strategi keselamatan jalan raya negara ini, kata Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata golongan itu harus diberikan pelan tindakan nasional khusus merangkumi laluan motosikal lebih selamat, permukaan jalan lebih baik, penambahbaikan pencahayaan, penguatkuasaan lebih tegas terhadap penunggang berbahaya serta penekanan terhadap penunggangan berhemah dan pemakaian peralatan perlindungan.

Lee juga menggesa penguatkuasaan trafik yang lebih konsisten, bersasar dan dipacu teknologi, terutamanya di lokasi kerap berlaku kemalangan.

“Pemanduan berbahaya, meluru dan laju, melanggar lampu isyarat merah serta memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah mesti ditangani dengan tegas,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Lee berkata sasaran kerajaan, yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya untuk mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030 mesti diterjemahkan ke dalam program keselamatan jalan raya nasional yang komprehensif, boleh diukur dan berterusan.

Lee berkata  jalan raya, kenderaan, had laju dan sistem lalu lintas mesti direka bentuk untuk mengurangkan tahap keterukan nahas apabila berlaku kesilapan manusia manakala jalan raya berisiko tinggi serta lokasi kerap kemalangan harus dikenal pasti melalui data dan dinaik taraf secara sistematik.

Beliau juga menggesa pendidikan keselamatan jalan raya sepanjang hayat, bermula dari sekolah dan diteruskan di sekolah memandu, tempat kerja serta program komuniti manakala majikan diseru melaksanakan dasar perjalanan selamat memandangkan jumlah nahas yang tinggi melibatkan perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja.

Penguatkuasaan yang lebih ketat, menurut beliau juga diperlukan untuk kenderaan komersial dan kenderaan berat, terutamanya mengenai had laju, kelayakan jalan raya kenderaan, tempoh bekerja pemandu dan keperluan keselamatan yang lain.

“Respons selepas nahas mesti diperkukuh. Tindakan kecemasan yang lebih cepat, kesedaran awam yang lebih tinggi tentang pertolongan cemas dan resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta ketersediaan defibrilator luaran automatik (AED) secara meluas boleh membantu menyelamatkan nyawa,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register