BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemalangan LPT: Pendidikan, Advokasi Keselamatan Jalan Raya Perlu Dipertingkatkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kemalangan LPT: Pendidikan, Advokasi Keselamatan Jalan Raya Perlu Dipertingkatkan​

138c8999df635b2cd4d5571e19000a026a51984ae229f

258ce5fc9f41ba9c9d00e7dbfaf140dc6a5198628ad3b

764e4309863ef8c9696502da36d01e9b6a51b96780d6b

Kredit PDRM

Pendidikan dan advokasi keselamatan jalan raya perlu dipertingkat agar masyarakat lebih memahami setiap tindakan tidak bertanggungjawab di jalan raya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata tindakan penguatkuasaan semata-mata tidak mencukupi sebaliknya memerlukan sokongan masyarakat, peranan ibu bapa, keluarga, institusi pendidikan serta komuniti dalam membentuk sikap bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.

Beliau berkata kes kemalangan membabitkan penunggang motosikal umpamanya sukar dibendung melalui sekadar penguatkuasaan kerana ia juga berkaitan sikap, mentaliti dan budaya segelintir penunggang yang sengaja mengabaikan undang-undang demi kepuasan atau pengiktirafan dalam kalangan rakan-rakan.

Muhammed Hasbullah berkata meskipun jabatan itu dan agensi berkaitan sentiasa melaksanakan operasi, masih terdapat individu sanggup mengambil risiko tinggi dengan menunggang secara melulu, berlumba dan melakukan aksi berbahaya di lebuh raya.

"Dalam kejadian seperti yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pagi tadi, bukan sahaja nyawa penunggang motosikal terkorban, malah pengguna jalan raya lain turut berdepan risiko kecederaan, kerosakan harta benda dan trauma akibat kemalangan yang berlaku.

"Jalan raya adalah ruang awam yang perlu dikongsi secara bertanggungjawab oleh semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemalangan maut di KM246.4 LPT berhampiran Kuantan, Pahang awal pagi tadi yang mengakibatkan empat penunggang motosikal maut manakala 20 lagi cedera.

Sementara itu, beliau berkata tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan seperti menunggang secara melulu, berlumba haram atau melakukan aksi yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

 
sedih baca berita nie..anak2 masih kecil lagi

takziah pada keluarga

harap boleh lah kurangkan event RXZ member nie..buatlah 2 tahun sekali dan buat perincian baru lebih teliti mcm mencari solusi perjalanan member2
 
Back
Top
Log in Register