BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skim Strata Bebas Kenderaan Usang Diperluas Ke Seluruh Pulau Pinang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Skim Strata Bebas Kenderaan Usang Diperluas Ke Seluruh Pulau Pinang​

2937b208bcc946738c2e319cac4f310069c94b45dfc6d


Pulau Pinang akan memperluas Skim Strata Bebas Kenderaan Usang ke seluruh negeri, selepas projek perintis yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sejak September, menunjukkan perkembangan positif dalam menangani lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan strata.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H’ng Mooi Lye berkata Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), telah mula mengkaji pelaksanaan inisiatif sama di Seberang Perai dengan pendekatan yang selaras seperti yang sedang dilaksanakan di bahagian pulau.

Beliau berkata bagi memperkukuh pelaksanaan skim itu, kerajaan negeri akan melantik syarikat Authorized Automotive Treatment Facility (AATF) yang berlesen dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi tender terbuka, yang dijangka dimuktamadkan sekitar Oktober ini.

“Selepas pelantikan itu selesai, kerajaan negeri menyasarkan kutipan antara 20 hingga 30 kenderaan usang setiap bulan, khususnya di kawasan strata yang berdepan masalah lambakan kenderaan serta kenderaan yang dialihkan pihak berkuasa tempatan (PBT), susulan aduan di kawasan awam,” katanya kepada Bernama.

H’ng berkata sejak skim itu diperkenalkan, sebanyak 30 kenderaan usang telah berjaya diserahkan untuk dilupuskan dengan melibatkan 28 kereta, sebuah motosikal dan sebuah van.

Beliau berkata kesemua pemilik kenderaan itu menyertai skim berkenaan secara sukarela, namun kerajaan negeri tidak merekodkan jumlah keseluruhan pampasan, kerana urusan pembayaran dibuat secara terus antara pemilik dengan syarikat AATF, dengan kadar bayaran bergantung pada jenis dan keadaan kenderaan.

H’ng berkata sambutan yang diterima, menunjukkan terdapat keperluan sebenar terhadap mekanisme pelupusan kenderaan usang yang lebih tersusun.

“Secara tidak langsung, ia mampu membantu mengurangkan lambakan kenderaan terbiar yang menjejaskan penggunaan ruang parkir, kebersihan dan imej persekitaran kawasan perumahan,” katanya.

H’ng berkata maklum balas daripada penduduk serta badan pengurusan bersama (JMB) dan perbadanan pengurusan (MC) juga positif, apabila semakin banyak pihak mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan skim berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register