BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Scammer menyamar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple dalam facebook

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

“Kedai Tu Tak Wujud” – Scammer ‘Photoshop’ Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple​

Seorang lelaki mendakwa gambar Khairul Aming telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjual barangan jenama Apple yang palsu di media sosial.




BeFunky-collage-2023-10-11T153407.863.jpg

Sumber: Facebook Khairul Aming

Apple baru-baru ini telah melancarkan siri telefon pintar kegemaran rakyat Malaysia iaitu iPhone 15 dengan pelbagai variasi dan warna.

Influencer dan pengasas Sambal Nyet iaitu Khairul Aming juga tidak terlepas untuk mendapatkan model iPhone 15 Pro yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai itu.

Menerusi hantaran dikongsi di laman media sosial, Khairul Aming telah membuat satu video reviu terhadap ciri-ciri diperbaharui dalam peranti yang dibeli. Memang canggih!

Scammer Guna Gambar Khairul Aming Sebagai Taktik Pemasaran
Namun baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter) apabila seorang pengulas gajet dan barangan teknologi, @fazlihalimmedia mendakwa banyak premis palsu yang menjual iPhone telah menggunakan gambar Khairul Aming bagi tujuan mengiklankan peranti jenama Apple.

Difahamkan, pengiklanan oleh scammer ini berleluasa semenjak Khairul Aming membuat reviu iPhone 15 Pro miliknya.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Fazli, dia mendakwa seorang individu menyamar menggunakan identiti Khairul Aming pada satu akaun laman Facebook.

Dalam foto itu, imej Khairul Aming yang sedang memakai Baju Melayu sambil memegang beg beli-belah jenama Machines telah disunting dalam satu gambar dikatakan berlokasi di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Fazli menekankan bahawa gambar kedai yang dikongsi itu tidak wujud manakala jam pintar jenama Apple dipamerkan adalah palsu.
BeFunky-collage-2023-10-11T143922.670.jpg

Sumber: Facebook Khairul Aming

Netizen Kecewa Dengan Sikap Scammer Yang Tidak Bertanggungjawab​

Menjengah ke ruangan balas akaun X tersebut, orang ramai dilihat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab para scammer yang menggunakan gambar Khairul Aming.

Walaupun sesetengah gambar jelas kelihatan seperti disunting, namun seorang pengguna berkata ayahnya sering percaya dengan iklan sedemikian.

Walaupun sudah dijelaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu, tetapi ayahnya masih mempercayai hantaran berkenaan kerana telah disertakan video orang-orang ternama.

“Aku cakap benda tu fake, tapi orang tua mana nak dengar cakap,” ujar pengguna bernama Delana.

Bukan itu sahaja, seorang individu juga memaklumkan bahawa dia menjumpai “tiga lagi akaun” Facebook Khairul Aming yang menggunakan taktik licik sama.

Selain itu, seorang lelaki berkata dia telahpun memesan telefon pintar tersebut dalam keadaan mamai kerana baru sahaja terjaga daripada tidur.

Menurut pengguna yang menggunakan kaedah bayaran tunai semasa penghantaran (COD) itu, dia akan menghalau scammer tersebut apabila sudah tiba di rumahnya.
WhatsApp-Image-2023-10-11-at-17.03.46_4efea033.jpg

BeFunky-collage-2023-10-11T152458.645.jpg



 
Last edited:
kalu sponsored pages tu .. toksah caya laaa...
scammer laa tuh....
 
scam_Screenshot_2023-10-17T03-44-45.456Z.png




Figure 1: Phishing site page prompting for the victims’ phone number

telegram-eligibility-scam.png

BEWARE: Scam Site Impersonating Govt Targeting Telegram Users To Take Over Their Accounts​


MA-976.102023: MyCERT Alert - Telegram Phishing Impersonate MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA)​



lambat juga respon mycert
scam mykasih minggu lepas dalam mukabuku ✖️
scam mykasih dalam telegram ☑️
 
Firefox_Screenshot_2023-10-25T23-31-29.723Z.png


banyak betul scam khairulaming
sudah dekat sebulan masih ada lagi
aku dah report meta zuck kata bukan scam
security malaysia tiada pengumuman
patutlah ramai rakyat malaysia kena scam
 
Sama la dia scam, kalau usahawan betul mana anugerah keusahawanan. Anugerah tiktok ade la..
 
Back
Top
Log in Register