notepad
Legendary Member

- Messages
- 15,750
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,750
- Reaction score
- 2,180
- Points
- 266
“Kedai Tu Tak Wujud” – Scammer ‘Photoshop’ Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple
Seorang lelaki mendakwa gambar Khairul Aming telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjual barangan jenama Apple yang palsu di media sosial.Sumber: Facebook Khairul Aming
Apple baru-baru ini telah melancarkan siri telefon pintar kegemaran rakyat Malaysia iaitu iPhone 15 dengan pelbagai variasi dan warna.
Influencer dan pengasas Sambal Nyet iaitu Khairul Aming juga tidak terlepas untuk mendapatkan model iPhone 15 Pro yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai itu.
Menerusi hantaran dikongsi di laman media sosial, Khairul Aming telah membuat satu video reviu terhadap ciri-ciri diperbaharui dalam peranti yang dibeli. Memang canggih!
Scammer Guna Gambar Khairul Aming Sebagai Taktik Pemasaran
Namun baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter) apabila seorang pengulas gajet dan barangan teknologi, @fazlihalimmedia mendakwa banyak premis palsu yang menjual iPhone telah menggunakan gambar Khairul Aming bagi tujuan mengiklankan peranti jenama Apple.
Difahamkan, pengiklanan oleh scammer ini berleluasa semenjak Khairul Aming membuat reviu iPhone 15 Pro miliknya.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh Fazli, dia mendakwa seorang individu menyamar menggunakan identiti Khairul Aming pada satu akaun laman Facebook.
Dalam foto itu, imej Khairul Aming yang sedang memakai Baju Melayu sambil memegang beg beli-belah jenama Machines telah disunting dalam satu gambar dikatakan berlokasi di pusat membeli-belah Pavillion Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, Fazli menekankan bahawa gambar kedai yang dikongsi itu tidak wujud manakala jam pintar jenama Apple dipamerkan adalah palsu.
Sumber: Facebook Khairul Aming
Netizen Kecewa Dengan Sikap Scammer Yang Tidak Bertanggungjawab
Menjengah ke ruangan balas akaun X tersebut, orang ramai dilihat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab para scammer yang menggunakan gambar Khairul Aming.Walaupun sesetengah gambar jelas kelihatan seperti disunting, namun seorang pengguna berkata ayahnya sering percaya dengan iklan sedemikian.
Walaupun sudah dijelaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu, tetapi ayahnya masih mempercayai hantaran berkenaan kerana telah disertakan video orang-orang ternama.
“Aku cakap benda tu fake, tapi orang tua mana nak dengar cakap,” ujar pengguna bernama Delana.
Bukan itu sahaja, seorang individu juga memaklumkan bahawa dia menjumpai “tiga lagi akaun” Facebook Khairul Aming yang menggunakan taktik licik sama.
Selain itu, seorang lelaki berkata dia telahpun memesan telefon pintar tersebut dalam keadaan mamai kerana baru sahaja terjaga daripada tidur.
Menurut pengguna yang menggunakan kaedah bayaran tunai semasa penghantaran (COD) itu, dia akan menghalau scammer tersebut apabila sudah tiba di rumahnya.
"Kedai Tu Tak Wujud" - Scammer 'Photoshop' Gambar Khairul Aming Untuk Promosi Peranti Apple | TRP
Seorang lelaki mendakwa gambar Khairul Aming telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjual barangan jenama Apple yang palsu di media sosial.
www.therakyatpost.com
Seperti Mr Beast, Imej Khairul Aming Juga Digunakan Untuk Menipu Orang Ramai>
Minggu lalu YouTuber terkemuka James Stephen Donaldson atau lebih dikenali sebagai Mr Beast mengadu video palsu beliau yang dijana menggunakan AI digunakan untuk menipu orang ramai. Dengan pergi ke sebuah laman mereka kononnya dijanjikan iPhone 15 percuma dan ada juga pautan ke cabutan bertuah...
Last edited: