BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Scam Pelaburan Kiosk Dobi Layan Diri - Modal RM157,200 lebur, untung RM5,000 sebulan ‘ghaib’

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266

Program Pelaburan Kiosk Dobi Layan Diri Disyaki Tidak Wujud, Lesap RM150k​




Modal RM157,200 lebur, keuntungan RM5,000 sebulan ‘ghaib’​

  • Oleh KOSMO!
  • 17 Mei 2025, 2:41 pm


mho-kiosk-dobi-layan-diri.jpeg
Hishamuddin bersama dua mangsa sindiket penipuan kiosk dobi tidak wujud pada sidang akhbar di Pejabat MHO hari ini.

PETALING JAYA – Menawarkan lokasi yang strategik serta keuntungan bersih sehingga RM5,000 sebulan tanpa perlu berbuat apa-apa.
Itu antara janji manis sindiket penipuan pelaburan kiosk dobi layan diri yang tidak wujud ke atas dua mangsa sehingga mereka kerugian berjumlah RM157,200.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, konsep program pelaburan yang ditawarkan adalah para peserta akan diberikan pilihan kiosk dobi layan diri yang mana bersesuaian dengan pilihan para peserta.

Malah katanya, pihak sindiket turut menjanjikan dan membuat penawaran bahawa segala proses pemasangan, penyelenggaraan serta pengiklanan kiosk dobi layan diri tersebut akan diuruskan.

“Pihak syarikat juga menjanjikan kepada mangsa dan menyatakan bahawa syarikat mempunyai beberapa tempat yang strategik untuk mendirikan atau meletakkan kiosk dobi layan diri tersebut.

“Mangsa turut dijanjikan dengan pulangan keuntungan sehingga RM5,000 setiap bulan tanpa perlu menyelenggara atau menguruskan kiosk dobi layan diri tersebut,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Bagaimanapun kata Hishamuddin, impian kedua-dua mangsa untuk meraih keuntungan itu berkecai apabila pihak syarikat gagal menunaikan janji dan tawaran yang telah diberikan walaupun jumlah keseluruhan modal telah dibayar sepenuhnya.
Disebabkan itu juga katanya, mangsa telah mengesyaki mereka ditipu dan diperdaya oleh syarikat terbabit.

“Mangsa juga telah mengambil inisiatif lain untuk berhubung dengan wakil pihak syarikat, tetapi maklum balas yang diterima hanya alasan negatif sahaja.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, namun hanya satu kes dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala satu lagi diklasifikasi sebagai ‘No Further Action’ (NFA).

“Justeru, MHO mendesak pihak berkuasa menyiasat semula kes berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket pelaburan palsu yang dilihat semakin berleluasa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

sumber - https://www.kosmo.com.my/2025/05/17/modal-rm157200-lebur-keuntungan-rm5000-sebulan-ghaib/
 
benda kalau atas kertas memang cantik...kalau dia nak urus A - Z baik syarikat keluar modal sendiri je..betul x?

biasa sangat atas kertas dengan actual berbeza kaw2..mcm berangan di langit tinggi..nanpak untung saja..
 
Back
Top
Log in Register