BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

28 Warga Asing Didenda RM5,000 Terbabit Penipuan "Love Scam", Pelaburan Roduk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

28 Warga Asing Didenda RM5,000 Terbabit Penipuan "Love Scam", Pelaburan Roduk​

5656a2f9a3c54863c3b7b8b2811e8963604066ea90c1f


Sebanyak 28 warga asing termasuk dua wanita didenda RM5,000 setiap seorang selepas masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan penipuan love scam dan pelaburan produk.

Kesemua tertuduh iaitu 27 warga China dan seorang warga Vietnam berusia antara 21 hingga 51 tahun, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum dan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam Bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama-sama melakukan pakatan jenayah memperdaya mangsa dengan penipuan love scam serta mengadakan pelaburan dalam penjualan produk kegunaan harian yang menyasarkan warga Korea.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di empat premis perumahan di Batu 10 Jalan Apas di sini pada 9.20 pagi, 6 Mei lepas, mengikut Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Choon Wen Shan yang mewakili kesemua tertuduh memaklumkan kepada kedua-dua Majistret bahawa pihak pembelaan dan pendakwaan bersetuju untuk setiap tertuduh membayar denda RM5,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif.

 
Back
Top
Log in Register