BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

56 Warga Asing, Seorang Lelaki Tempatan Direman Bantu Siasatan Penipuan Pelaburan Dalam Talian

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

56 Warga Asing, Seorang Lelaki Tempatan Direman Bantu Siasatan Penipuan Pelaburan Dalam Talian​

f2ff07ed3ce2ca24e0b18d97215c2e186a1ea8d3d2196

a72c9f925fed7f8f2b5c4d7cf84741e76a1ea89c82f91


Mahkamah Sesyen di sini mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap 57 individu bagi membantu siasatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang dipercayai menyasarkan mangsa di Korea Selatan.

Perintah reman dikeluarkan Hakim Dr Mellisa Chia Pui Fung selepas polis membuat permohonan itu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Suspek yang terdiri daripada 50 lelaki dan tujuh wanita berusia 20 hingga 46 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis di sini pada 8.40 pagi semalam.

Mereka terdiri daripada 48 warga China termasuk empat wanita, lapan dari Vietnam dengan tiga daripadanya wanita dan seorang lelaki warga tempatan.

Serbuan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan pasukan polis yang diketuai pegawai Bahagian Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Operasi turut melibatkan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Penampang, Beaufort dan Sipitang.

Siasatan awal mempercayai sindiket itu mula beroperasi di premis tersebut pada April lepas.

Polis merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM131,500 pada serbuan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu dan bersubahat melakukan jenayah.

 
Back
Top
Log in Register