BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Projek Ekosistem Warisan Negara Dilancar, Fokus Bantu Kurangkan Kos Sara Hidup​

026db7a3521e1edf525b8006678a2ba16a95829f0c39f

Kredit: Sekretariat Ekosistem Warisan Negara

Projek Ekosistem Warisan Negara dilancarkan hari ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026 sebagai inisiatif membina ekosistem ekonomi tempatan yang mampan bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Inisiatif yang diterajui bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Azmi Abu Kassim itu memberi fokus awal kepada sektor keperluan asas termasuk peruncitan, selain akan diperluas secara berperingkat kepada sektor perubatan, pendidikan dan perkhidmatan berkaitan kehidupan harian.

Azmi berkata inisiatif berkenaan penting ketika ketidaktentuan bekalan bahan api global berpotensi meningkatkan kos barangan dan memberi tekanan tambahan kepada perbelanjaan isi rumah.

“Kita bertanggungjawab untuk bersama-sama dengan lain-lain pertubuhan dan sektor swasta, dalam memainkan peranan lebih aktif bersama kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata penyelesaian terhadap isu kos sara hidup tidak boleh bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata, terutama apabila kos barangan dan bekalan terus berubah akibat faktor pasaran global.

Pelaksanaan inisiatif itu akan bermula di Melaka dengan tumpuan awal memperkukuh kedai runcit tempatan, khususnya di kawasan luar bandar, menerusi penyelarasan bekalan, pengurusan stok dan sokongan operasi.

Azmi berkata pembentukan rangkaian peruncitan yang lebih kukuh dijangka membantu pengusaha kedai kecil meningkatkan daya saing serta memperoleh akses kepada bekalan pada harga lebih baik.

“Pendekatan ini bertujuan membantu pengusaha kedai kecil meningkatkan daya saing, memperoleh akses kepada bekalan dengan harga yang lebih baik serta mewujudkan asas yang lebih stabil untuk membantu mengawal harga keperluan harian kepada pengguna.

"Ekosistem berkenaan kemudiannya akan diperluas secara berperingkat ke sektor lain yang memberi kesan langsung kepada kualiti hidup dan kos sara hidup rakyat, termasuk perubatan dan pendidikan," katanya.

 

Kepelbagaian Malaysia Kekuatan Perpaduan Negara - Yuneswaran​

9d0b3624a31d639e85e0132bdd7735136a9594458fdbf

Kredit : FB Yuneswaran Ramaraj

Kepelbagaian budaya, agama, etnik dan bahasa di Malaysia perlu terus diraikan sebagai kekuatan dalam memperkukuh perpaduan serta membina masa depan negara lebih sejahtera, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara R Yuneswaran.

Beliau berkata lebih 130 dialek bahasa digunakan dalam masyarakat mencerminkan kekayaan identiti Malaysia dan menjadi antara keunikan yang perlu dihargai seluruh rakyat.

“Ini harus menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia sentiasa menjaga dan juga menghargai kebebasan yang kita dapat daripada penjajah oleh tokoh-tokoh hebat negara kita.

“Semangat perpaduan itu kita harus jiwai dalam negara kita dan kita harus memahami kita ada pelbagai budaya, agama dan etnik,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV.

Yuneswaran berkata semangat perpaduan juga perlu terus dihayati dalam kehidupan seharian dan tidak hanya disemarakkan ketika sambutan Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia.

“Kita harus mengetahui sejarah kita kerana sejarah ini perlu menjadi panduan untuk kita bersatu padu dan juga tidak lupa Rukun Negara yang menjadi panduan utama untuk menyatukan rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut Yuneswaran, usaha kerajaan dalam memastikan kemajuan ekonomi diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat juga penting dalam membina masyarakat lebih harmoni dan negara yang aman.

Beliau berkata pembangunan negara perlu dapat dirasai rakyat biasa agar mereka dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan yakin terhadap masa depan Malaysia.

“Kerajaan MADANI sedang melakukan yang terbaik untuk menterjemahkan pembangunan negara kepada rakyat biasa supaya mereka boleh merasai kehidupan yang sejahtera,” katanya.

 

Fahmi Hargai Semua Pihak Jayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026​

cf8d8193b0cab5bcf447d449ae846ea86a959704c76ac

kredit: FB Datuk Seri Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Beliau berkata penghargaan itu ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sejak peringkat awal persiapan hingga selesai sambutan termasuk petugas, peserta, anggota keselamatan, petugas kesihatan, pengamal media, sukarelawan dan agensi berkaitan.

“Terima kasih yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia yang hadir memeriahkan Dataran Putrajaya, serta jutaan rakyat yang bersama-sama menyaksikan sambutan dari rumah.

“Kehadiran dan semangat anda semua menjadikan sambutan tahun ini begitu bermakna,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi turut menyifatkan semua petugas yang bekerja di sebalik tabir sebagai wira yang memastikan kelancaran sambutan berkenaan.

“Semoga Malaysia yang kita cintai ini terus diberkati dengan kemakmuran, keharmonian dan kestabilan, serta kekal bersatu dalam kepelbagaian. Selamat Hari Kebangsaan,” katanya.

 


kata netizen kalau kapal ni masuk perbarisan merdeka ok tak..
 

Batu Laut Tarikan Baharu Pelancongan Di Selangor - Exco​

eb9ed4335c1f55eb1e3dc061253d38a96a979361d89af

0f9fd06647f63b3f2d72efff08036ae76a97935682263


Pantai Batu Laut di sini yang merupakan kampung angkat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di bawah Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin, Satu Kampung menjadi tarikan baharu pelancong tempatan untuk aktiviti riadah pada setiap hujung minggu dan musim cuti, khususnya kepada penggemar aktiviti laut dan pantai.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata Pantai Batu Laut sememangnya terkenal dalam kalangan peminat sukan perahu layar dan hobi berkhemah.

“Pantai Batu Laut kini semakin terkenal, tahun ini kita akan anjurkan sekali lagi Festival Selangor@Batu Laut untuk kali ketiga dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak diperkenalkan di sini.

“Kita juga telah membangunkan banyak fasiliti di Pantai Batu Laut ini untuk kemudahan pengunjung yang datang seperti tempat parkir yang luas, kedai makan, kemudahan tandas dan tebingan laut yang sesuai untuk aktiviti riadah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat mengucapkan  terima kasih kepada Kelab Motosikal Bernama (BMC) kerana memilih Kampung Batu Laut sebagai kampung angkat dan menjayakan Program Jelajah Merdeka 69 pada 31 Ogos lepas dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Dataran Batu Laut tahun ini.

Beliau berkata agensi luar sangat dialu-alukan untuk membuat program di Batu Laut untuk manfaat rakyat sekitarnya.

Pada majlis itu turut dianjurkan Merdeka Retro Run@Batu Laut, Jualan Ehsan Rahmah PKPS dan Pertandingan Motosikal Berhias sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.

 

Lelaki Dipercayai Terlibat Provokasi Sambutan Hari Kebangsaan Direman Satu Hari​

03e0c1851520fb9f150faecac4fa91b26a97bc78448a1

Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam insiden provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69  pada Isnin, direman satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Masjistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini


Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam insiden provokasi pada sambutan Hari Kebangsaan ke-69  pada Isnin, direman satu hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Masjistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret, di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi mengesahkan reman tersebut.

“Individu tersebut hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam tadi,” katanya sambil menambah sebanyak tujuh saksi telah diambil keterangan.

Aidi Sham berkata lelaki tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, setelah ujian air kencing didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Sebelum ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang mencetuskan provokasi apabila cuba melompat pagar untuk masuk ke tempat duduk, ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

 


ustaz ooo ustaz
 

Sambutan Hari Malaysia Kekal Di BCCK, Acara Luar Bangunan Dibatalkan Akibat Jerebu - Fahmi​

ae0f63e6e3815b2a54b37a43f05c198e6a97e9bee1cfb

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA,

Sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 Sept ini akan diteruskan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak namun acara di luar bangunan dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang membimbangkan di Kuching dan Serian.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan selepas mengambil maklum situasi jerebu di kedua-dua kawasan.

"Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa keadaan jerebu yang agak membimbangkan di Kuching dan Serian di Sarawak akan mengakibatkan acara-acara di luar bangunan tidak dapat diteruskan.

"… tetapi untuk Sambutan Hari Malaysia, ia akan diadakan dalam bangunan pada 16 Sept di sebelah malam," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata Jemaah Menteri dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bahawa operasi pembenihan awan di Sarawak tidak dapat diteruskan kerana kelompok awan yang dikesan ketika ini tidak sesuai susulan pergerakan angin yang berpotensi membawa awan ke Laut China Selatan.

"Jadi, sekiranya dilakukan pembenihan, hujan tidak akan turun di kawasan yang diperlukan," katanya.

Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara pada tahap berbahaya setakat 8 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatat bacaan tertinggi, iaitu 320 diikuti Kuching (318) dan Samarahan (302).

Sementara itu, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan yang menjayakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada Isnin lepas.

Beliau berkata lebih 100,000 orang menghadiri sambutan berkenaan manakala lebih 10,000 terlibat sebagai kontinjen dan sebahagian daripada persembahan formasi grafik manusia.

 
Back
Top
Log in Register