combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sambutan Hari Kebangsaan Di Melaka Meriah, Lebih 150,000 Hadir Sepanjang Tiga Hari
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (tengah) memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormat Utama Angkatan Tentera Malaysia pada Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Pesiaran Jalan Pantai, Klebang, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan penghargaan kepada rakyat negeri itu yang bersama-sama memeriahkan program sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka selama tiga hari, yang menarik kehadiran lebih 150,000 pengunjung.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sambutan bermula dengan program Malam Melaka Berselawat, diikuti Ambang Merdeka malam tadi dan kemuncaknya hari ini di Persiaran Jalan Pantai, Klebang.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Melaka yang telah merayakan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Melaka sejak tiga hari lepas. Kita lihat ribuan rakyat Melaka datang, terima kasih Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka di sini hari ini.
Sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” itu disertai kira-kira 12,000 peserta daripada 158 kontinjen yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Acara itu turut diserikan dengan perarakan 32 unit pelbagai jenis kenderaan yang mempamerkan keupayaan dan kepelbagaian logistik jabatan serta agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform dan sektor swasta.
Lebih 70,000 pengunjung tempatan dan pelancong membanjiri kawasan Persiaran Jalan Pantai, Klebang sejak awal pagi ini, menjadikan sambutan itu antara acara tahunan yang dinanti-nantikan di Melaka.
Perbarisan penuh istiadat itu melibatkan penyertaan jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta negeri, selain pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Turut mengambil bahagian ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan beruniform pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, persatuan komuniti serta wakil syarikat swasta dan sektor korporat.
Sambutan tahun ini turut menyaksikan acara lintas hormat udara melibatkan pesawat tempur jenis Sukhoi Su-30MKM, FA-18 D Hornet, Hawk 200 dan tiga pesawat pengangkut jenis A400M dan C-130 Hercules, yang dilaksanakan buat kali kedua selepas kali pertama pada sambutan peringkat negeri tahun lepas.