Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Sambal Baharu Khairul Aming Angkat Pengorbanan Warga Nelayan
Dari laut ke balang sambal, perjalanan menghasilkan Sambal Nyet Bilis Khairul Aming menyingkap sisi yang jarang-jarang dilihat pengguna, serta lambang penghargaan kepada jerih perih nelayan mendapatkan bahan yang begitu dekat dengan kehidupan harian rakyat Malaysia.
Bagi usahawan dan pempengaruh Khairul Amin Kamaruzaman, 33, penghasilan produk terbaharunya itu bukan sekadar usaha memperkenalkan variasi baharu kepada jenama Sambal Nyet, sebaliknya menjadi ruang untuk mengetengahkan sumbangan dan pengorbanan komuniti nelayan mendapatkan hasil laut seperti ikan bilis yang sering menjadi makanan keselesaan (comfort food) rakyat Malaysia.
Beliau berkata pengalaman turun ke laut bersama nelayan di Setiu, Terengganu ketika proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk berkenaan memberikan perspektif baharu terhadap ikan bilis yang selama ini dianggap sebagai bahan makanan biasa.
"Selepas saya memuat naik video yang tunjuk kesusahan kita mencari ikan bilis, ada rakyat komen mereka takkan buang ikan bilis ketika makan. Ini menunjukkan betapa orang mula menghargai ikan bilis itu.
“Sebab usaha di belakangnya sangatlah tinggi. Saya ikut nelayan sebab saya mahu belajar. Banyak benda yang kita tidak tahu, terutamanya kesusahan warga nelayan mendapatkan ikan bilis itu," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui selepas siaran langsung Majlis Pelancaran Sambal Nyet Bilis menerusi TikTok Shop yang berlangsung dari tingkat 118 Menara Merdeka Maybank Jumaat malam, yang menyaksikan 150,000 botol sambal habis dijual dalam masa 1 minit 51 saat, rekod baharu bagi Khairul Aming.
Jualan itu turut mencatat beberapa pencapaian baharu bagi usahawan berkenaan, termasuk jualan tertinggi dalam satu siaran langsung sebanyak RM3.5 juta, jumlah penonton kemuncak tertinggi bagi siaran langsung TikTok Shop sebanyak 388,000 orang serta pelancaran produk dari lokasi tertinggi di Malaysia.
Namun, di sebalik angka berkenaan, proses menghasilkan sambal itu mengambil masa berbulan-bulan sebelum produk diperkenalkan kepada pengguna.