combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Legasi Mohd Sukari Terus Jadi Panduan Warga Japen - Erwin Khairul
Legasi kepimpinan bekas Ketua Pengarah Penerangan Allahyarham Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dalam memperkukuh komunikasi kerajaan akan terus dijadikan panduan warga jabatan itu, khususnya dalam memastikan keseimbangan antara pendekatan digital dan program lapangan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Erwin Khairul Ahmad berkata antara sumbangan terbesar Allahyarham ialah kepakaran luas dalam merancang dan melaksanakan program lapangan yang berkesan untuk mendekati rakyat.
“Allahyarham ialah ketua jabatan yang telah mengharungi pelbagai zaman cabaran komunikasi, daripada kaedah tradisional sehingga ke era digital, daripada zaman aman sehingga semasa mendepani krisis pandemik COVID-19. Pengalaman luas dan setiap tunjuk ajar beliau wajib dijadikan teladan.
“Beliau juga tahu kaedah menyusun elemen program supaya mesej kerajaan bukan sahaja sampai, malah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat, daripada komuniti akar umbi sehingga ke peringkat korporat,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
Erwin Khairul berkata sumbangan, keringat dan legasi Allahyarham perlu diteruskan agar terus hidup dan kekal subur dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada warga JAPEN.
“Jika semangat, dedikasi dan acuan kerja beliau terus dibawa dan dijiwai, saya percaya seluruh warga JAPEN akan berjaya menghadapi apa sahaja cabaran dalam agenda komunikasi masa kini, tidak kira seberapa kompleks sekalipun cabaran itu,” katanya.
Erwin Khairul berkata ketika JAPEN mula melangkah ke era transformasi digital, Allahyarham sentiasa terbuka untuk menerima perubahan dan memberikan sokongan kepada idea baharu yang kreatif.
“Namun yang paling saya kagumi ialah prinsip beliau, iaitu sejauh mana kita memacu teknologi digital, kita tidak boleh melupakan sentuhan kemanusiaan. Beliau sentiasa memastikan wujud keseimbangan antara program bersemuka dan strategi komunikasi digital,” katanya.
Loading…
www.bernama.com