BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama - JAPEN

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama - JAPEN​

b95b49ae91af48635db01e9182eedd126aa518cd8a029

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Ahmad Ammar Othman bersama wakil agensi kerajaan, kepimpinan setempat dan penduduk menyanyikan lagu Negaraku pada Karnival Kita MADANI Peringkat Kelantan di Pulau Sri Tunjung hari ini.

Kedaulatan negara bukan tanggungjawab eksklusif pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya amanah dan tanggungjawab bersama setiap rakyat.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Kelantan Ahmad Ammar Othman berkata semua lapisan rakyat perlu memainkan peranan dalam mempertahankan keamanan, perpaduan dan keharmonian negara.

"Kedaulatan negara bukan sekadar berkaitan garis sempadan atau kawalan di pintu perairan dan daratan, tetapi turut merangkumi keupayaan rakyat untuk hidup aman, memelihara budaya serta mempertahankan identiti dan cara hidup daripada sebarang ancaman.

"Apabila kita bercakap mengenai kedaulatan negara, kita sebenarnya sedang membicarakan tentang maruah, kebebasan dan hak untuk menentukan hala tuju bangsa kita sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Kelantan di Pulau Sri Tujung di sini hari ini.

Ahmad Ammar berkata ancaman terhadap kedaulatan negara juga tidak semestinya hadir dalam bentuk senjata, sebaliknya boleh berlaku menerusi perpecahan, penyebaran berita palsu dan dakyah yang mampu merosakkan perpaduan masyarakat.

"Masyarakat diseru menghayati konsep 'Kedaulatan Negara, Tanggungjawab Bersama' menerusi pengamalan nilai integriti, jati diri serta sikap menghormati undang-undang.

"Di peringkat komuniti pula, rakyat perlu mengukuhkan hubungan silaturahim sesama jiran, memelihara keharmonian antara kaum dan agama serta bersama-sama membanteras anasir negatif di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata rakyat juga perlu memainkan peranan sebagai pengguna media sosial yang beretika dengan tidak menyebarkan fitnah, berita palsu atau kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian awam.

Karnival Kita MADANI antara platform utama JAPEN dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan serta mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia MADANI secara terus kepada masyarakat setempat.

 
Back
Top
Log in Register