BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabutan Khas Nombor Ramalan Ditngkatkan Tanggungjawab Bersama Kerajaan Terdahulu - Tengku Zafrul

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Cabutan Khas Nombor Ramalan Ditngkatkan Tanggungjawab Bersama Kerajaan Terdahulu - Tengku Zafrul​

d6434cf4b9c4b66869f55f4acae1a10f67e25d31ebbf4

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun semasa pentadbiran terdahulu adalah tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, termasuk menteri daripada PAS ketika itu, kata bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkata cabutan khas bukan perkara baharu, sebaliknya telah diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud semasa pentadbiran Barisan Nasional sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.

“Semasa pandemik (COVID-19), kerajaan ketika itu kembali kepada siling sedia ada (22 kali) dan perkara ini juga telah dimaklumkan kepada Parlimen melalui jawapan rasmi.

“Yang penting, di bawah Kerajaan MADANI hari ini, cabutan khas telah diturunkan kepada hanya lapan kali setahun,” katanya kepada Bernama hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian bagi mengulas tindakan segelintir pihak yang meletakkan tanggungjawab keputusan peningkatan cabutan khas itu kepadanya secara peribadi.

Beliau berkata fakta berhubung isu berkenaan adalah jelas dan beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang boleh mengganggu tumpuan kerajaan terhadap agenda pembangunan negara.

“Tumpuan Kerajaan MADANI adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Isu cabutan khas nombor ramalan kembali dibangkitkan berikutan dakwaan dan pertikaian mengenai kewajaran menaikkan jumlah cabutan itu semasa tempoh pandemik COVID-19.

Selepas menerajui pentadbiran pada Disember 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan jumlah cabutan khas itu diturunkan semula daripada 22 kali kepada lapan kali setahun bermula 2023.

 
Back
Top
Log in Register