combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,134
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,134
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Program Jana Wibawa Ada Dibincangkan Dalam Mesyuarat Kabinet - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Bekas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Program Jana Wibawa ada dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Nov 2020.
Tengku Zafrul, 53, berkata ia merupakan kali pertama perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semasa beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.
Kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin sama ada Mesyuarat Jemaah Menteri adalah rahsia kerajaan, Tengku Zafrul menjawab, semua Mesyuarat Jemaah Menteri adalah rahsia.
Saksi pendakwaan ke-11 itu berkata demikian pada perbicaraan Muhyiddin yang berdepan tujuh pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.
Sementara itu, Tengku Zafrul bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin bahawa setiap minit (catatan) mesyuarat adalah bukan arahan wajib dan beliau mengakui banyak menerima minit (catatan) mesyuarat daripada Muhyiddin.
Amer Hamzah: Berapa banyak minit (catatan) mesyuarat daripada Tan Sri Muhyiddin?
Tengku Zafrul: Tidak pasti... banyak.
Menjawab soalan mengenai surat cadangan berhubung pelantikan 54 kontraktor, saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada sebarang keterangan dikemukakan kepada pihak pendakwaan yang menunjukkan Muhyiddin ada kepentingan peribadi atau kewangan berkaitan syarikat-syarikat berkenaan.
Semalam, Tengku Zafrul dalam pernyataan saksi beliau menyatakan bahawa Muhyiddin mengeluarkan surat mencadangkan pelantikan 54 kontraktor bagi melaksanakan 54 projek di bawah Program Jana Wibawa secara rundingan terus.