BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

12 Agenda Akan Dibincangkan Dalam Mesyuarat AECC Ke-26 - Tengku Zafrul

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,704
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,704
Reaction score
97
Points
80
6e45129f584ed3b4be53e34a690af39168faf31840b65

bcf68cea2e659889765e7f61e1ee006168faf32fd056b

f901c640dd23b93417a8507d55f54ec268faf34779497


Sebanyak 12 agenda akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-26 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata mesyuarat hari ini dijangka padat dan produktif memandangkan semua agenda akan dibincangkan dalam tempoh tiga jam sekali gus mencerminkan kemajuan serta momentum Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang positif.

“Kita juga akan menumpukan kepada perkara yang memerlukan pengesahan AECC untuk dibentangkan kepada Majlis Penyelaras ASEAN (ACC) sebelum dikemuka ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

“Oleh itu, kita perlu meminimumkan intervensi terhadap perkara yang hanya untuk makluman sahaja, sebaliknya memfokuskan kepada bidang atau isu tertentu yang memerlukan panduan atau keputusan AECC – bagi memastikan perbincangan hari ini lebih teratur dan berkesan,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat AECC ke-26.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura Gan Kim Yong.

Tengku Zafrul yang mempengerusikan mesyuarat AECC berkata beliau menanti-nantikan pembentangan laporan kemajuan mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan serta pencapaian di bawah AEC pada tahun ini.

“Kemas kini itu membolehkan kita menilai sejauh mana kemajuan dicapai di samping mengenal pasti bidang yang perlu diberikan perhatian semula dan usaha bersama,” katanya sambil menambah bahawa  laporan mengenai Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) Malaysia 2025 yang telah membawa kemajuan ketara kepada integrasi ekonomi ASEAN turut dinanti-nantikan.

“Selain itu, kami menyambut baik penyertaan Timor-Leste hari ini. Timor-Leste diundang untuk turut sama dalam perbincangan hari ini selaras dengan garis panduan yang disemak semula yang diterima pakai oleh ACC ke-35,” katanya.

AECC, satu daripada tiga Majlis Komuniti ASEAN ialah badan penyelaras utama yang memantau pelaksanaan teras Komuniti Ekonomi ASEAN.

 
Back
Top
Log in Register