BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesyuarat kabinet terakhir Tengku Zafrul, PM rakam penghargaan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201
348230-348230.jpg


Mesyuarat kabinet terakhir Tengku Zafrul, PM rakam penghargaan

Putrajaya: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sejak 3 Disember 2022.


"Hari ini, Jemaah Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Zafrul kerana ini adalah mesyuarat Jemaah Menteri terakhir yang disertainya.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti beliau termasuk kejayaannya dari segi pelaburan, perundingan dan perdagangan untuk negara," katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Tengku Zafrul akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri seiring tamatnya pelantikan beliau sebagai anggota Dewan Negara.

Tengku Zafrul, yang menyandang jawatan Senator selama dua penggal sejak 2020, iaitu tempoh maksimum dibenarkan, akan menamatkan tempoh enam tahun di Dewan Negara pada 2 Disember ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata Perdana Menteri turut memberi bayangan bahawa Tengku Zafrul akan terus menyumbang kepada kerajaan walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet.

"Perdana Menteri berkata sudah pasti Tengku Zafrul yang akan tamat tempoh sebagai Senator bagi penggal kedua pada awal minggu depan masih akan membantu beliau dan kerajaan, mungkin dalam bentuk atau kedudukan atau jawatan yang berbeza di masa depan," katanya.

Fahmi berkata Anwar bagaimanapun tidak menyatakan bentuk peranan atau jawatan yang akan disandang Tengku Zafrul selepas ini.

"Kita tunggu apabila tiba masanya," katanya.

Kredit ➡️ BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register