BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Tegas Tidak Iktiraf Israel, Pertahan Kedaulatan Negara

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Malaysia Tegas Tidak Iktiraf Israel, Pertahan Kedaulatan Negara​

f4fb67ba73d581c52117952fe98177bf698c8f7a14d12

Dr Zulkifli Hassan

Malaysia secara tegas tidak pernah mengiktiraf Israel serta kekal mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk ancaman atau campur tangan kuasa asing, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan dasar luar negara yang berasaskan kedaulatan, prinsip undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata ketegasan Perdana Menteri itu adalah selaras dengan pendirian konsisten Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi.

“Malaysia secara tegas tidak pernah mengiktiraf entiti haram Israel, tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik, dan tidak ada sebarang keperluan untuk berbuat demikian.

“Negara kita mesti terus berdiri teguh dengan dasar luar yang bebas, berkecuali, dan berprinsip - berkawan dengan semua negara berdaulat, namun kekal berani menyuarakan kebenaran apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata surat daripada lapan ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mendesak Setiausaha Negara AS Marco Rubio untuk mengambil tindakan berasaskan tuduhan tidak berasas merupakan bibit campur tangan asing yang jelas mencabar kedaulatan tanah air.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami berikrar untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri sebagai pemimpin negara dan pejuang hak asasi sejagat.

“Kami bersatu hati dan bersetia untuk mempertahankan maruah, kebebasan, serta kedaulatan Malaysia daripada sebarang bentuk ancaman atau campur tangan kuasa asing,” katanya.

Hari ini, Anwar menegaskan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini meskipun lapan Ahli Kongres AS menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas keputusan itu.

 
Back
Top
Log in Register