BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadillah Ucap Penghargaan Atas Pengorbanan, Khidmat Bakti Warga PDRM

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
35610daa9b61b97758b48b8b4e48e18469c367da1c80f

Kredit : FB Fadillah Yusof

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas segala khidmat bakti serta pengorbanan yang dicurahkan demi negara.

Beliau berkata pasukan keselamatan itu sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, termasuk ketika musim perayaan di saat orang lain sedang bercuti bersama keluarga.

“Polis sentiasa ada, bertugas tanpa mengira masa dan ketika. Malah di musim perayaan sekalipun, di saat orang lain bersama keluarga, kalian semua tetap berada di barisan hadapan demi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara terus terpelihara," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau sempena sambutan Hari Polis ke-219.

Fadillah berkata slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” bukan sekadar kata-kata, tetapi terbukti melalui setiap pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan.

“Selamat Hari Polis ke-219 buat seluruh warga PDRM, semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkah dan pengorbanan setiap warga PDRM. Jasa kalian semua sentiasa di hati rakyat. Terima kasih wira negara,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register