kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Agong Zahir Penghargaan Atas Khidmat Bakti, Pengorbanan Sempena Hari ATM Ke-93
Kredit: Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke 93 hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan pegawai serta anggota dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM juga berkenan mengucapkan selamat menyambut Hari ATM ke-93 kepada seluruh warga pasukan itu.
Sultan Ibrahim turut mendoakan seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan baik, kekuatan serta semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi tanah air tercinta.
Penghargaan turut dizahirkan kepada pesara ATM atas segala sumbangan, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam pasukan.
“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh,” titah Seri Paduka Baginda.