BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari ATM Ke-93: Akhlak, Tatakelola Dan Martabat Tempur Perkukuh Pertahanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Hari ATM Ke-93: Akhlak, Tatakelola Dan Martabat Tempur Perkukuh Pertahanan​

c0dbc4d883120b1ffb5b9c310a80dbe56aaa09b2ce7a6

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kekuatan sebagai benteng pertahanan negara dengan memberi penekanan bukan sahaja kepada aset dan keupayaan fizikal, malah pembangunan warga, tatakelola serta kesiapsiagaan tempur dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata pendekatan itu diterjemahkan menerusi tiga nilai utama yang dirangkum dalam akronim ATM, iaitu Akhlak Teras, Tatakelola Tuntas dan Martabat Tempur.

Beliau berkata ketahanan angkatan tidak boleh bergantung kepada kekuatan fizikal dan aset semata-mata, sebaliknya memerlukan ketiga-tiga nilai berkenaan bagi memastikan ATM kekal berkeupayaan menghadapi ancaman semasa dan masa hadapan.

“Akhlak Teras menjadi asas pembentukan warga ATM manakala Tatakelola Tuntas merangkumi pengurusan sumber manusia, aset, perolehan dan kewangan yang berteraskan integriti, kejujuran serta amanah.

“Martabat Tempur pula menjurus kepada kesiapsiagaan serta kekuatan angkatan bagi memastikan ATM mampu melaksanakan tugas dan menghadapi ancaman sama ada pada masa kini mahupun masa hadapan,” katanya dalam temu bual khas sempena Hari ATM di sini.

Beliau berkata usaha memperkukuh ketahanan itu selari dengan pelan pembangunan Angkatan Masa Hadapan yang disasarkan hingga 2055 bagi menjadikan ATM sebagai sebuah ketumbukan yang kredibel.

Menurut Malek Razak, pelan jangka panjang itu kini memasuki fasa kedua bagi tempoh 2026 hingga 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan kekuatan, selepas fasa pertama yang bermula pada 2021 memberi tumpuan kepada penstrukturan semula reka bentuk dan organisasi pasukan.

Bagi memastikan pembangunan itu mempunyai hala tuju yang jelas, ATM turut menggariskan Strategi 5D sebagai pendekatan utama iaitu Diplomasi (Diplomacy), Kesan (Detect), Cegah (Deter), Nafi (Deny) dan Tewaskan (Defeat).

Malek Razak berkata pendekatan itu dimulakan dengan diplomasi bagi mengurangkan risiko konflik sebelum beralih kepada strategi Cegah yang bertujuan mengenakan kos strategik serta membentuk mentaliti supaya pihak lawan tidak memperlekehkan kedaulatan Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register