BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ATM Tubuh Task Force Anti Buli, Perkukuh Disiplin, Tatakelola Organisasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

ATM Tubuh Task Force Anti Buli, Perkukuh Disiplin, Tatakelola Organisasi​

0ecd8447b6c89aeeff741e6c5abaa8c96a0870d245062

fb Angkatan Tentera Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil langkah tegas menubuhkan Task Force (TF) Anti Buli ATM sebagai langkah membenteras gejala itu dalam institusi pertahanan negara.

Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan Markas ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah drastik itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh budaya profesionalisme, disiplin dan tatakelola dalam organisasi itu.

Inisiatif yang diilhamkan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Malek Razak Sulaiman itu selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung beliau yang menekankan kepentingan memperkukuh sistem pengurusan organisasi, integriti serta kesejahteraan warga ATM secara menyeluruh.

“PAT menegaskan budaya buli tidak boleh dikompromi kerana ia bukan sahaja menjejaskan disiplin dan moral anggota, malah berpotensi memberi implikasi terhadap kesiapsiagaan operasi, keberkesanan pemerintahan serta imej institusi pertahanan negara,” menurut kenyataan itu.

Penubuhan TF itu bertujuan melaksanakan penilaian menyeluruh terhadap situasi semasa dan trend kes buli dalam ATM termasuk menilai keberkesanan dasar, prosedur operasi standard (SOP), mekanisme pelaporan serta langkah penguatkuasaan sedia ada bagi mengenal pasti kelemahan sistemik dan ruang penambahbaikan.

“Bagi memastikan pemantauan yang berkesan, TF Anti Buli ATM menghimpunkan wakil daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera, iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Pendekatan bersepadu ini penting bagi memastikan setiap tindakan pencegahan, pemantauan dan pengendalian kes dapat dilaksanakan dengan lebih terselaras, sistematik dan berkesan pada semua peringkat organisasi,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah awal, TF itu sedang melaksanakan analisis menyeluruh terhadap data dan statistik kes buli dari 2022 sehingga April 2026 bagi mengenal pasti trend semasa, faktor penyumbang serta cabaran pengurusan pada peringkat unit dan formasi.

Usaha membanteras gejala itu turut diperkasakan menerusi lawatan lapangan bersasar ke unit yang dikenal pasti mempunyai risiko tinggi bagi memastikan tindakan intervensi dan pemantauan dapat dilaksanakan secara lebih holistik dan berfokus.

 
Back
Top
Log in Register