BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MINDEF Konsisten Perjuang Penambahbaikan Struktur Organisasi, Kerjaya Warga ATM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MINDEF Konsisten Perjuang Penambahbaikan Struktur Organisasi, Kerjaya Warga ATM​

9fe776f7b2f9bedacbfa2313151b1b19668a8429bcf71

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Kementerian Pertahanan (MINDEF) secara konsisten memperjuangkan cadangan penambahbaikan struktur organisasi, kemajuan kerjaya dan elaun warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan sistem pengurusan bakat ketenteraan berkembang seiring pemodenan aset dan teknologi pertahanan negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan perincian berhubung tiga komponen utama itu telah dikemukakan kepada pihak kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan lanjut.

Beliau berkata penyesuaian struktur perjawatan adalah penting berikutan terdapat pegawai memenuhi syarat kompetensi dan prestasi namun kemajuan kerjaya terhalang akibat keterbatasan kekosongan jawatan.

"Kita (MINDEF) mahu memastikan terdapat kesepadanan yang munasabah antara pangkat, gred, tahap tanggungjawab dan peranan strategik yang dipikul oleh warga ATM," katanya pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Pasir Gudang di sini malam ini.

Mohamed Khaled berkata usaha memperkasakan pengurusan bakat dan perjawatan itu diangkat MINDEF sejak pelancaran Kertas Putih Pertahanan pada 2022, manakala cadangan penambahbaikan berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikemukakan kepada JPA sejak Mac tahun lepas.

Mengenai aspek perkhidmatan, Mohamed Khaled berkata keunikan profesion ketenteraan yang memerlukan anggota menghadiri kursus jangka panjang melebihi sembilan bulan hingga dua tahun wajar diberikan pertimbangan elaun khusus.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sebarang kriteria pemudahan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan tentera kekal bersandarkan prinsip meritokrasi dan bukannya dilaksanakan secara automatik.

"Ia mesti bersandarkan kepada soal prestasi, kompetensi, integriti dan juga keperluan organisasi melalui proses pertimbangan yang telah ditetapkan," katanya sambil menambah penyesuaian struktur organisasi dan sistem pengurusan bakat perlu dilaksanakan secara pantas seiring pemodenan aset pertahanan.

Usaha diperjuangkan MINDEF itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam bahawa kerajaan secara prinsipnya bersetuju supaya proses kenaikan pangkat melibatkan warga ATM dan Polis Diraja Malaysia, dipermudah serta dipercepat selari dengan skim perkhidmatan awam lain.

 
Back
Top
Log in Register