Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
MINDEF Peruntuk RM7.2 Juta Beri Peluang Graduan Anak Warga ATM Jalani Latihan Pekerjaan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga kiri) menyampaikan peranti bagi program e-perkasa SPM 2026 kepada wakil penerima, Nur Akila Nadhirah Shahrul Aznan (tiga kanan) pada Majlis Peluncuran Program PROWIRA Ready-to-Work (RTW) Graduan dan Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) 2026 di sini hari ini.
Kementerian Pertahanan memperuntukkan sebanyak RM7.2 juta bagi Program ProWira Ready To Work Graduate untuk memberi peluang kepada 300 graduan dalam kalangan anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalani latihan pekerjaan bersama syarikat terpilih.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata program berkenaan dilaksanakan menerusi Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai usaha memperkukuh agenda kesejahteraan anggota tentera dan keluarga mereka melalui aspek pendidikan serta peluang pekerjaan.
Beliau berkata program itu yang berlangsung selama 12 bulan di 23 syarikat terpilih yang terlibat akan memberi tumpuan kepada graduan terdiri daripada anak anggota ATM yang masih berkhidmat, veteran ATM serta warga Kementerian Pertahanan.
“Sepanjang tempoh itu para peserta akan menerima elaun sebanyak RM2,000 sebulan yang dibayar kerajaan melalui Yayasan LTAT.
“Kita berharap keberadaan mereka dalam syarikat itu benar-benar dapat memberi pengalaman dan membantu mereka berjaya di alam pekerjaan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut dan Inisiatif Pendidikan Yayasan LTAT 2026, di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Ketua Eksekutif Yayasan LTAT Datuk Dr Nizar Sudin.
Sementara itu pada majlis sama program Kolaborasi Akauntansi Profesional turut dilancarkan dengan kerjasama Yayasan Peneraju yang memberi peluang kepada anak-anak warga ATM mengikuti pengajian profesional dengan struktur pembiayaan strategik.
Mohamed Khaled berkata program berkenaan merupakan komitmen berterusan kementerian itu dalam memperluaskan manfaat pendidikan dan peluang kerjaya menerusi kerjasama strategik.
"Menerusi program berkenaan 90 peratus pembiayaan ditanggung oleh Yayasan Peneraju manakala 10 peratus pembiayaan ditanggung oleh Yayasan LTAT," katanya.
MINDEF Peruntuk RM7.2 Juta Beri Peluang Graduan Anak Warga ATM Jalani Latihan Pekerjaan
Mohamed Khaled, ATM, graduan, latihan, syarikat, p