BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

446 Anak Warga ATM, MINDEF Catat Keputusan Cemerlang SPM Terima Insentif Akademik

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

446 Anak Warga ATM, MINDEF Catat Keputusan Cemerlang SPM Terima Insentif Akademik​

7ab53ce9773c237e50b756763d32430e6a279b3e72afa

0cf3ecc16a7127d1ecaae6ead9a421f16a279b364e482


Sebanyak 446 anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang mencatat keputusan cemerlang 5A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, menerima insentif kecemerlangan akademik hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jumlah itu meningkat ketara berbanding 383 pelajar yang mencatat keputusan cemerlang pada tahun sebelumnya, dengan seorang pelajar berjaya memperoleh keputusan 12A.

Beliau berkata bagi menghargai pencapaian mereka, MINDEF memperuntukkan dana sebanyak RM298,400 melalui Insentif Akademik Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) SPM 2026, untuk semua pelajar tersebut.

“Kementerian melalui Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited memberikan sokongan pendidikan kerana percaya kesiapsiagaan anggota tentera bermula daripada kesejahteraan keluarga mereka,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan (AKP) MINDEF dan ATM 2026 di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.

Selain itu, Mohamed Khaled berkata kementerian turut memperuntukkan dana berjumlah RM166,000 yang memberi manfaat kepada 159 lagi anak-anak warga MINDEF dan ATM, untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan luar negara.

Mohamed Khaled berkata kejayaan mereka didorong oleh keberkesanan program intervensi bersasar seperti Program e-Perkasa SPM dan Program Sentuhan Elit SPM yang terbukti meningkatkan gred akademik secara sistematik.

Beliau berkata melalui Program e-Perkasa SPM, sebanyak 644 pelajar lulus dengan kadar 98.77 peratus, manakala Program Sentuhan Elit SPM pula berjaya membantu empat daripada enam Sekolah Dalam Kem (SDK) mencatatkan peningkatan Gred Purata Sekolah.

“Pelaksanaan agenda pendidikan berskala besar itu selaras dengan Fokus Keenam Kementerian Pertahanan Tahun 2026, yang meletakkan kebajikan dan pemerkasaan sosioekonomi warga pertahanan sebagai antara teras utama,” katanya.

Mohamed Khaled berkata Yayasan LTAT kini berfungsi sebagai instrumen utama kementerian bagi memastikan ekosistem kesejahteraan yang holistik melalui pelbagai intervensi pendidikan bermula dari darjah satu sehingga tamat universiti.

 
Back
Top
Log in Register