BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TPM, Menteri Kabinet Zahir Penghargaan Sempena Sambutan Hari Ibu

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
6e0683ec4652cb25225475799b53b1b66a0010391da39


Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri Kabinet hari ini berkongsi penghargaan serta ucapan Hari Ibu menerusi media sosial masing-masing bagi mengenang jasa, pengorbanan dan kasih sayang insan bergelar ibu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para ibu yang disifatkannya sebagai wanita hebat, tiang keluarga, pendidik pertama anak-anak dan sumber kasih sayang yang tidak pernah padam.

Beliau berkata peranan ibu mengurus keluarga kini semakin mencabar terutama dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terus berubah, selain mendidik anak-anak dalam era teknologi dan media sosial.

Dalam mendepani cabaran semasa, beliau berkata Kerajaan MADANI sedang memperkukuh pelbagai langkah bagi menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, khususnya golongan keluarga dan ibu-ibu yang menjadi pengurus utama dalam keluarga.

“Sesungguhnya, kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh, dan di tengah-tengah kekuatan itu berdirinya seorang ibu yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang.

“Selamat menyambut Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sentiasa diberkati, dihargai dan menjadi inspirasi kepada anak-anak dan generasi akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyifatkan ibu adalah insan teristimewa dan pahlawan kasih sayang yang mengharungi badai kehidupan dengan penuh keberanian serta kecekalan demi anak-anak dan keluarga.

“Cinta suci ibu tidak berganti. Pengorbanan dan jasanya tidak terbalas. Seteguh kasih ibu. Terima kasih buat semua wanita hebat bergelar ibu,” katanya dalam hantaran menerusi media sosial sama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pengorbanan seorang ibu terserlah menerusi doa yang tidak pernah putus, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi serta kesediaan mereka menjadi tempat bergantung dalam apa jua keadaan.

 
Back
Top
Log in Register