BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Polis Ke-219: Pengorbanan Warga PDRM Terus Dihargai Di Seluruh Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141
36f3ef92e9743200aac555860b6f133169c3d658adcc9

0577a5fb637dbc3ff5edfb27074de7d669c3d63ee8cae

bc2f3a338db81f3f066d5a15859108c669c3d64c2b623

KUALA NERUS, 25 Mac -- Anggota polis melakukan persembahan tarian perang pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 Peringkat IPK Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 hari ini berlangsung dalam suasana penuh penghormatan dan semangat patriotik di seluruh negara, sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah lebih dua abad mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Sambutan yang diadakan di seluruh negara itu bukan sahaja memperingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan berkenaan, malah mengiktiraf dedikasi anggota polis yang terus berkhidmat dengan penuh komitmen kepada masyarakat dan negara.

Di ibu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sambutan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini yang turut melancarkan Buku MESRA PDRM - Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak & Remaja.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Di SELANGOR, sebanyak 200 individu merangkumi pegawai, anggota, pesara polis dan orang awam diraikan pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-219 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Soo Jin, Kapar.

Pada sambutan itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao menyampaikan sijil penghargaan kepada 50 penerima, termasuk 20 orang awam, sebagai pengiktirafan atas kerjasama penuh mereka dalam membantu tugas kepolisan, perkongsian maklumat serta penglibatan aktif dalam program anjuran polis sepanjang tahun lepas.

Di NEGERI SEMBILAN, sambutan disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff yang turut membacakan perutusan Ketua Polis Negara di hadapan 275 pegawai dan anggota.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 17 individu termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang awam dan pihak media sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen mereka dalam membantu PDRM.

Sementara di PAHANG, Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman menghadiri sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Kompleks Logistik PDRM, Kuantan yang turut menyampaikan surat penghargaan kepada 22 anggota dan pegawai polis serta orang awam sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta dedikasi mereka.

 
Back
Top
Log in Register