combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata Kabinet telah mempertimbangkan dan bersetuju secara dasar terhadap penubuhan MTSB, yang memerlukan penggubalan akta khusus sebagai asas perundangan sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Loke berkata gerak kerja penubuhan MTSB kini sedang dimuktamadkan melalui perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, termasuk melibatkan penyelarasan peranan agensi sedia ada.
“Sekarang kita perlu drafkan RUU dan proses itu sedang berjalan. Cabaran kepada kita ialah bagaimana mengintegrasikan atau menstrukturkan semula peranan di beberapa agensi yang berkaitan umpamanya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat hari ini.
Loke berkata semua fungsi berkenaan perlu disepadukan semula sejajar dengan pendirian kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tidak menggalakkan pertambahan besar bilangan perjawatan baharu.
“Pendirian ini bertujuan meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan dan ia menjadi antara cabaran dalam penubuhan badan baharu ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan MOT tidak pernah menutup sebarang pintu rundingan dengan mana-mana kerajaan negeri berkaitan projek pembangunan infrastruktur, termasuk projek melibatkan pelabuhan dan kemudahan sokongan.
Loke berkata dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan meminggirkan negeri tertentu atau menganggapnya sebagai “anak tiri” adalah tidak berasas dan dibuat tanpa memahami proses sebenar kelulusan projek pembangunan.
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia Dijangka Dibentang Di Parlimen Jun Ini
Dewan Rakyat, MOT, Anthony Loke, RUU, MTSB, pengan