BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia Dijangka Dibentang Di Parlimen Jun Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4e0797692ab9debd840998be5560a5f468a32d2a2b4ff


Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata Kabinet telah mempertimbangkan dan bersetuju secara dasar terhadap penubuhan MTSB, yang memerlukan penggubalan akta khusus sebagai asas perundangan sebelum ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Loke berkata gerak kerja penubuhan MTSB kini sedang dimuktamadkan melalui perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan, termasuk melibatkan penyelarasan peranan agensi sedia ada.

“Sekarang kita perlu drafkan RUU dan proses itu sedang berjalan. Cabaran kepada kita ialah bagaimana mengintegrasikan atau menstrukturkan semula peranan di beberapa agensi yang berkaitan umpamanya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat hari ini.

Loke berkata semua fungsi berkenaan perlu disepadukan semula sejajar dengan pendirian kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tidak menggalakkan pertambahan besar bilangan perjawatan baharu.

“Pendirian ini bertujuan meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan dan ia menjadi antara cabaran dalam penubuhan badan baharu ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan MOT tidak pernah menutup sebarang pintu rundingan dengan mana-mana kerajaan negeri berkaitan projek pembangunan infrastruktur, termasuk projek melibatkan pelabuhan dan kemudahan sokongan.

Loke berkata dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan meminggirkan negeri tertentu atau menganggapnya sebagai “anak tiri” adalah tidak berasas dan dibuat tanpa memahami proses sebenar kelulusan projek pembangunan.

 
Back
Top
Log in Register