BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah Keluarga ADUN Seremban Jaya Musnah TerbakarÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
59c73106c880572937a02cb6e778f3a569d47f8a93264

e9c430b899c159763566ec3c0101e68369d48000c8a1e

9a194ccff545d522b756c73d5e32c3c269d48013ea17e

Keadaan rumah keluarga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya Datuk P. Gunasekaran yang musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Rahang malam tadi.

Insiden itu bukan sahaja memusnahkan struktur rumah, malah turut menghanguskan pelbagai barangan berharga termasuk peralatan katering dan barangan elektrik, dengan anggaran kerugian mencecah RM40,000.

Rumah yang dibeli sekitar tahun 1990 itu sarat nilai sentimental buat keluarga berkenaan, namun kini hanya tinggal kenangan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala penghuni kini menumpang di kediaman ahli keluarga di Senawang dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Rumah keluarga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya Datuk P. Gunasekaran musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Rahang, di sini malam tadi.

Gunasekaran berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira  9 malam selepas adiknya P. Minnal Veeran, 61, bersama isteri,J. Arasi, 53, dan dua anak mereka keluar untuk makan malam.

Beliau berkata rumah itu dibeli pada  tahun 1990 ketika mendiang ibu dan bapanya serta tiga adik-beradik lain tinggal di situ.

"Rumah lama itu banyak kenangan. Kami adik-beradik dulu tinggal bersama, namun selepas saya membeli sebuah rumah lain, adik pula yang tinggal di sini bersama keluarganya.

"Saya anggarkan kerugian lebih kurang RM40,000 kerana banyak barang berharga termasuk peralatan katering, barangan elektrik dan barangan lama di rumah itu, yang tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata buat masa ini adiknya tinggal di rumah anak perempuannya di Senawang, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Komander Operasi Helmi Mohd Fauzi berkata sebanyak 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban dengan bantuan BBP Ampangan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira tujuh minit kemudian.

 
Back
Top
Log in Register