BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADUN Pitas, Keluarga Peluk Islam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,186
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,186
Reaction score
346
Points
141

ADUN Pitas, Keluarga Peluk Islam​

85cdb6e32e675440c8d49ec9e53e455f6a8ad3df12a01

sumber: Media Sosial

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Datuk Seri Ruddy Awah bersama isteri Datin Seri Asiah Udin dan anak bongsu mereka secara rasmi memeluk Islam di kediaman mereka di Kampung Salimpodon Laut di sini hari ini.

Majlis pengislaman Ruddy, 58, yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, bersama Asiah, 56, serta anak bongsu mereka, Aswady, 26, disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook.

Majlis yang dimulakan dengan lafaz syahadah secara bersama dan bergilir-gilir beserta bacaan pengertian dalam bahasa Melayu itu diteruskan dengan laungan azan, bacaan ayat suci al-Quran, selawat serta kenduri kesyukuran.

Lafaz dua kalimah syahadah itu dibimbing Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dengan disaksikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman.

"Pada hari ini adalah hari bersejarah buat saya, isteri dan anak saya kerana kami selamat melafazkan dua kalimah syahadah dan saya amat gembira dengan hidayah ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan.

Beliau yang mempunyai enam cahaya mata berkata empat daripada anaknya telah terlebih dahulu memeluk Islam, sekali gus menjadi pendorong utama perjalanan hidayah keluarganya.

Ruddy berkata keputusan itu diambil atas keikhlasan hati tanpa sebarang paksaan serta bukan batu loncatan untuk mengejar pangkat atau kedudukan selepas merasakan tiada lagi kepentingan duniawi yang mahu dikejarnya.

Beliau menjelaskan beliau bersama isterinya yang sebelum ini berpegang kepada kepercayaan pagan telah mendalami ajaran Islam selama lebih 10 tahun bagi mencari pegangan hidup yang sebenar.

"Ramai antara rakan-rakan yang sudah mengerjakan umrah, saya bagi sedekah dan minta mereka sebut nama saya serta doakan supaya saya menjadi sebahagian daripada keluarga Islam," katanya mengenai hasratnya yang telah lama terpendam.

 
Back
Top
Log in Register