kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,702
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,702
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli hari ini menyempurnakan pengislaman 19 individu Orang Asli, sempena program Kembara Daie Orang Asli Kampung Sungai Rual, di sini.
Beliau berkata kesemua individu terbabit memeluk Islam secara sukarela, selepas melalui proses pendedahan dan pembelajaran agama yang disusuli dengan lafaz syahadah secara beramai-ramai.
“Pendekatan dakwah berasaskan akhlak, kasih sayang serta tanpa paksaan, menjadi faktor utama yang menarik minat komuniti tersebut untuk mendekati Islam.
“Apabila kita tampil dengan akhlak yang baik serta bantuan yang berterusan, mereka lebih mudah memahami dan akhirnya menerima Islam dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Kembara Daie Orang Asli Kampung Sungai Rual di Jeli, hari ini.
Marhamah berkata ajaran Islam yang dibawa kepada masyarakat tersebut bersifat wasatiyyah (sederhana), tidak memaksa serta sentiasa menekankan nilai rahmah.
Beliau berkata usaha dakwah kepada komuniti Orang Asli akan terus diperkukuh melalui kerjasama erat antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, Marhamah berkata bimbingan berterusan kepada saudara baharu akan dilaksanakan melalui kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta agensi-agensi negeri seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Beliau berkata pendekatan libat urus dan pemantauan berterusan oleh agensi yang terlibat amat penting, bagi memastikan kelangsungan saudara baharu, termasuk komuniti Orang Asli dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Sementara itu, seorang daripada saudara baharu yang juga penoreh getah suku kaum Jahai, Lokman Jali, 26, berkata beliau mula tertarik kepada Islam selepas sering mendengar laungan azan dari surau berhampiran penempatannya.
Dakwah Berhikmah Tarik 19 Orang Asli Sungai Rual Peluk Islam
Marhamah, Orang Asli, Islam