BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YADIM Seru Pendakwah Amal Dakwah Berhikmah, Berhemah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

YADIM Seru Pendakwah Amal Dakwah Berhikmah, Berhemah​

68b26a443448b743797b6c0f8df8dfc56979e0d1bd983


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyeru semua pendakwah supaya mengamalkan pendekatan dakwah yang berteraskan hikmah, rahmah dan kelembutan dalam menyampaikan mesej Islam, susulan isu seorang pendakwah Muslim yang menghamburkan kata-kata tajam terhadap individu tertentu menerusi media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Zamri Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan sedemikian tidak mencerminkan akhlak seorang daie (pendakwah), yang seharusnya menjadi teladan dalam mendidik umat, malah boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Sebagai pendakwah, kita dituntut untuk meneladani sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa memilih kata-kata yang baik, menenangkan serta mendidik.

"Firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 125 menegaskan agar seruan ke jalan Allah dilakukan dengan nasihat yang baik. Prinsip yang mesti dihayati ialah kita pendakwah, bukan penghukum," katanya.

Beliau berkata jika tidak mampu berkata dengan baik, maka diam adalah pilihan yang lebih mulia, sambil berharap kejadian itu menjadi pengajaran bersama untuk memperkukuh budaya dakwah, yang berteraskan rahmah serta membina masyarakat berjiwa besar dan mendekatkan manusia kepada Allah SWT.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial beberapa catatan seorang pendakwah yang didakwa berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) selain mengandungi kenyataan berunsur retorik perkauman serta provokasi.

Susulan itu, beberapa laporan polis telah dibuat kerana kandungan penulisan tersebut didakwa boleh menimbulkan provokasi perkauman selain menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
Back
Top
Log in Register