Aspek pelaburan yg penting adalah memahami Risk n Return. Jangan terlampau taksub dgn ROI yg tinggi sehinggakan mengabaikan risiko. Di kalangan pelabur mempunyai profil yg berbeza2..ada yg Risk Averse atau Risk Taker. Kalau ada ilmu pelaburan, konsep asas ini x dipersoalkan lagi.
ASB utk golongan Risk Averse. Manakala UT berubah adalah utk Risk Taker yg sememangnya dah mengetahui pilihan portfolio Agresif, Balanced dan Fixed Income. Hal halal haram dah jelas utk ASB, pilihan masing2. Saya ada simpanan kecemasan yg mencukupi di ASB. Saya gunakan platform FSM utk mengenalpasti UT syariah yg memberi ROI lebih dari ASB; semestinya dana pelaburan saya adalah bukannya meminjam. Utk tahun 2013 shj, portfolio UT patuh syariah dah meningkat melepasi 15%.
Pelaburan UT ini agak berisiko dan mensasarkan pelabur jangka panjang. Di buku, boleh rugi tapi jika pegang dan switching bila perlu dapat memberi pulangan yg lebih baik dari ASB. Pendapat 2cents saya, UT tidak sesuai utk yg gemarkan Skim Cepat Kaya, pelabur jangka pendek dan yg guna OPM..Sila fahami asas perancangan kewangan Islam utk menjadi pelabur yg lebih baik...