BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KWSP keluarkan senarai Dana Unit Amanah, kini boleh melabur secara online

Sponsored Post

Mampukah simpanan persaraan anda bertahan?

Realitinya, persediaan untuk persaraan hari ini agak menyedihkan. Dengan perbelanjaan hidup yang kian meningkat, simpanan yang mencukupi adalah sangat penting supaya anda boleh bersara tanpa sebarang kebimbangan.

Namun jika soalan ini ditanya kepada kebanyakan rakyat Malaysia, ramai menjawab “tidak”. Majoriti individu bergantung kepada perancangan persaraan secara pasif, iaitu melalui caruman yang dibuat oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan tidak mempunyai sumber pelan kewangan yang lain.

Statistik yang dikongsikan oleh Ketua Jabatan Ekonomi dan Pasaran Modal KWSP, Encik Nurhisham Hussein ketika Simposium“Third-Age Economy” tahun lalu menunjukkan dua daripada tiga ahli KWSP berusia 54 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Paling membimbangkan, separuh dari ahli KWSP yang berumur lebih daripada 55 tahun berpotensi menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas persaraan.


Gaya hidup mempengaruhi jumlah kewangan yang diperlukan selepas persaraan.

Lazimnya seseorang memerlukan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah gaji terakhirnya, untuk mengekalkan gaya hidup yang diingini selepas persaraan seperti kajian yang dijlankan oleh Private Pension Administrator (PPA).

Ini bermakna, jika gaji anda berjumlah RM 6,000 sebulan pada tahun terakhir bekerja, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas bersara untuk menikmati kualiti gaya hidup yang sama seperti sebelum persaraan.

Malahan, garis panduan KWSP ‘Belanjawanku’ juga turut menganggarkan bahawa RM3,090 sebulan adalah jumlah yang mencukupi buat pasangan warga emas bagi mencapai ‘taraf kehidupan munasabah’.

Begitupun, dalam keadaan tertentu anda mungkin perlu mengambil sebahagian daripada simpanan persaraan anda bagi tujuan perubatan, perumahan dan sebagainya.

Kesimpulannya, simpanan persaraan anda mungkin tidak mencukupi!


Rancang Persaraan Anda dengan KWSP i-Invest.

Secara amnya, ketika tempoh persaraan, pesara harus bijak mengagihkan kewangan untuk ia mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga 20 tahun selepas tempoh persaraan.

Ia boleh di lakukan dengan menetapkan had jumlah pengeluaran bulanan, merancang perbelanjaan dengan bijak dan juga melaburkan sebahagian daripada simpanan anda untuk mendapatkan potensi pulangan simpanan persaraan dengan kadar yang lebih tinggi melalui Skim Pelaburan Ahli.

i-Invest daripada KWSP merupakan saluran pelaburan layan diri atas talian terbaharu untuk ahli-ahli KWSP membuat pelaburan dalam dana unit amanah dengan melaburkan sebahagian daripada jumlah simpanan yang layak dipindahkan dari KSWP akaun satu.

Antara kelebihan skim ini.

• Caj jualan serendah 0% untuk setiap transaksi
• Kepelbagaian portfolio perlaburan untuk merendahkan risiko kerugian
• Pelaburan pada bila-bila masa dan di mana saja

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pulangan dana unit amanah adalah tidak dijamin. Oleh sebab itulah, pemilihan dana unit amanah adalah sangat penting bagi memastikan pelaburan anda terus meningkat.

Apakah kaedah pemilihan unit amanah untuk dilaburkan?

Salah satu kaedah pemilihan dana adalah berdasarkan pulangan tahunan berkala. Ini merujuk kepada purata pulangan dana setiap tahun pada satu jangka masa tertentu.

Sebagai contoh, berikut adalah pulangan tahunan berkala bagi beberapa dana Principal Asset Management (Principal) yang berprestasi tinggi:

namadanaprinsipal_1583722837.jpg


Tetapi, jangan lupa prestasi dana pulangan purata hanya sebagai rujukan, prestasi kerana ia tidak menjanjikan prestasi pada masa depan. Anda harus sentiasa mempertimbangkan profil risiko, masa pelaburan dan kemampuan anda pada satu-satu masa.

Mengapa memilih dana Principal?

1. Unit dana amanah yang bertaraf antarabangsa Principal Asset Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai CIMB-Principal Asset Management Berhad) telah diiktiraf sebagai salah sebuah institusi pengurusan terbaik ASEAN. Principal telah dianugerahkan sebagai Best Asset Management House in ASEAN oleh Asia Asset Management (2019) dan Best Wealth Manager, Malaysia oleh Asset Asian Awards 2018.

Selain itu, prestasi dana CIMB-Principal Global Titans dan CIMB-Principal Equity turut menerima pengiktirafan 2019 Lipper Fund Awards daripada Refinitiv. Anda boleh beli kedua-dua dana yang diiktiraf ini secara online melalui Principal EPF i-Invest: https://www.principal.com.my/en/epfiinvest?utm_medium=article&utm_source...)


Asia_Asset_Management-01_1583722843.jpg



2. 0% Caj jualan bila melabur dengan KSWP i-Invest
Apabila melabur dalam dana unit amanah, anda juga perlu berhati-hati dengan caj jualan – jika tidak, ianya akan memberi kesan kepada pulangan portfolio anda dari masa ke semasa.

Dengan melabur dalam dana unit amanah Principal melalui KWSP i-Invest, caj jualannya adalah 0%. Berikut adalah contoh bagaimana caj jualan mampu mempengaruhi pertumbuhan portfolio anda:

Berikut adalah contoh bagaimana caj jualan mampu mempengaruhi pertumbuhan portfolio anda:


cajjualantahun_1583722849.jpg



Anda mungkin merasakan bahawa caj jualan sebanyak 3% adalah jumlah yang kecil, tetapi ia mampu mempengaruhi pulangan anda sehingga berpuluh-puluh ribu!


Jadi, bagaimana untuk anda mula melabur?

Asset_6%402x_1583722825.jpg


Selain itu, sebagi pembaca Berita Harian anda layak untuk menerima pin reload Touch ‘n Go bernilai RM20 daripada Principal apabila anda melabur sekurang-kurangnya RM3,000 dengan Principal.

New-Investors-Campaign-Banner_BH_V4_1583722816.jpg


Ikut langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Log masuk ke KWSP i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member) anda.
Langkah 2: Pilih "Principal Asset Management Bhd" untuk FMI dan pilih dana pilihan anda.
Langkah 3: Lengkapkan transaksi anda dengan memilih "Principal Asset Management Bhd"
Langkah 4: Masukkan kod kempen “HelloPrincipal” bila mendaftarkan akaun Principal anda untuk mendapatkan ganjaran anda.

Terma dan syarat promosi Principal: https://www.principal.com.my/sites/default/files/2020-03/Principal%20New...

Merancangkan pelaburan anda bersama Principal.

Layari laman sesawang Principal untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelan-pelan yang ditawarkan oleh Principal.

Sumber : BH Online
 
KWSP tambah lima lagi platform dalam i-Invest

kwsp_1592886134.jpg


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghubungkan lima lagi platform daripada enam Institusi Pengurusan Dana (IPD) kepada i-Invest, iaitu kemudahan layan diri untuk ahli membuat pelaburan secara dalam talian.

Platform tambahan berkenaan adalah daripada Affin Hwang Asset Management Bhd, Kenanga Investors Bhd, RHB Asset Management Sdn Bhd (berkongsi platform dengan RHB Islamic International Management Bhd), Hong Leong Asset Management Bhd dan TA Investment Management Bhd.

Penambahan platform ini akan meningkatkan lagi fleksibiliti kepada ahli KWSP untuk melaksanakan transaksi dalam talian di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA), selaras dengan objektif utama i-Invest.

KWSP dalam kenyataannya berkata, setakat 30 April 2020, i-Invest merekodkan lebih daripada 25,000 transaksi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM219.3 juta.

Ia berkata, penambahan membolehkan jumlah platform IPD di bawah i-Invest meningkat kepada 10.

"Platform IPD yang sedia ada semasa pelancaran i-Invest sebelum ini adalah daripada Amanah Saham Nasional Bhd, Eastspring Investments Bhd, Manulife Investment Management Bhd, Principal Asset Management Bhd dan Public Mutual Bhd.

"IPD yang tidak mempunyai platform sendiri akan menjalankan transaksi pelaburan di dalam i-Invest melalui dua Penasihat Institusi Unit Amanah (IUTA) yang dilantik, iaitu iFAST Capital Sdn Bhd dan Phillip Mutual Bhd," katanya.

KWSP sebelum ini mengumumkan bermula 1 Mei 2020, ahli yang membuat pelaburan melalui i-Invest tidak akan dikenakan caj jualan permulaan oleh IPD untuk tempoh selama 12 bulan.

Inisiatif ini membolehkan ahli mempelbagaikan portfolio persaraan mereka pada kos yang lebih rendah.

i-Invest yang dilancarkan pada Ogos 2019 adalah platform digital yang menawarkan fleksibiliti, fungsi dan menyediakan kemudahan untuk ahli membuat pelaburan dan transaksi serta memantau pelaburan unit amanah pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ia juga membolehkan ahli membuat perbandingan antara dana unit amanah yang ditawarkan oleh IPD, melihat semua pegangan pelaburan mereka dan mendapatkan maklumat berkaitan kos pelaburan, prestasi dana serta sebarang maklumat berkenaan dengan IPD terbabit.


Sumber : bharian
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register