BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rugi melabur dalam UNIT TRUST?

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
Aku quote satu banker cakap

HI,
ASB Vs Unit Trust
1. Consistent return vs not consistent
2. >8% Vs not sure
3. No admin charge of 5% Vs got admin fees of 5%
4. Govt back up vs private back up
5. Bank can finance purchase vs ALL Cash
6. Price will remain RM1 vs Might fall below your purchase price
Etc.. If you are bumi get your ASB first..Then buy more property AVOID UNIT TRUST!! Happy Investing.

Betul ke? Ada pengalaman?
 
Aku quote satu banker cakap



Betul ke? Ada pengalaman?

ASB trading price remain unchanged throughout its financial year. I.e kalau kita invest hari nie rm10k, bila2 kita decide nak bawak keluar sebelum asb financil year closing, kita masih leh dpt rm10k tanpa sebarang profit atau lost.

unit trust pula mmg ada service fees everytime time kita invest dan turun naik harga mengikut pasaran. Sbb tu UT invest direka utk pelaburan jangka sederhana dan panjang.
Secara AM, ada juga dana2 UT mampu generata potential return yg tinggi dlm masa yang singkat berdasarkan maklumat historical dana-dana tersebut.

Jadi kalau saudara plan nak buat invest utk dpt return dlm 1-2 dan takut rugi,UT might not be suitable for u.

Sekianya saudara berminat untuk melabur atau nak tahu lebih banyak pasal UT, saya sedia membantu. Selamat melabur.
 
Nk tahu camner u/trust. Belajar trading saham.. nnt boleh nampak beza ASB.... U/TRUST & SAHAM
 
Di Malaysia banyak wadah untuk pelaburan yang selamat dan memberi pulangan baik, sebagai contoh jika anda tentera maka sangat rugi jika tidak melabur didalam koperasi tentera yang memberi pulangan tidak kurang 12% setiap tahun, begitu juga dgn warga peneroka felda dan lain lain. Tidak ketinggalan juga tabung haji yang memberi pulangan yang agak baik. Apa yang penting sekali apabila melabur ialah tahap mana kita sanggup menerima dan menyerap resiko. Saya berpendapat faktor umur memainkan peranan penting dalam setiap perancangan pelaburan. bawah umur 35 tahun melaburlah dalam pelaburan yang high risk (high risk high return), 36 hingga 45 tahun
medium risk. 46 tahun keatas low risk. Ini kerana diumur ini kita sedang diambang persaraan. Segala yang disimpan diawal usia muda dahulu perlu dikekalkan sebaik mungkin. Jangan sekali kali mengambil resiko yang tidak tertanggung oleh diri. Akibatnya boleh merana sepanjang hayat. Perlu diingat miskin diusia emas membawa kesan yang sangat parah berbanding anda diistiharkan muflis pada usia bawah 35 tahun. Itu pandangan saya laaa.
 
HI,
ASB Vs Unit Trust
1. Consistent return vs not consistent
2. >8% Vs not sure
3. No admin charge of 5% Vs got admin fees of 5%
4. Govt back up vs private back up
5. Bank can finance purchase vs ALL Cash
6. Price will remain RM1 vs Might fall below your purchase price
Etc.. If you are bumi get your ASB first..Then buy more property AVOID UNIT TRUST!! Happy Investing.

kena tambah 1 lg:

#7: Tak Halal vs Halal

#:-S
 
Aku ikut fatwa selangor. So... rasanya better ut2 non gov yg di pantau SC Syariah.

Bab no 6 tu pun aku masih x brp.. harga perunit turun tp return kata smpai 100% dlm 5thn.... dorang ganti dgn penambahan unit dlm pelaburan?
 
Back
Top
Log in Register