balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GEORGETOWN - Hanya kerana hasil rompakan bernilai RM80, seorang pekerja kontrak terpaksa akur dengan keputusan mahkamah sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan, di sini, semalam.
Hakim Zulhazmi Abdullah membuat keputusan itu terhadap Sham Muliadi Samit, 30, atas tuduhan merompak sebuah beg tangan kepunyaan seorang wanita berusia 24 tahun, di akhir kes pembelaan.
Sham Muliadi disabit merompak beg tangan kepunyaan R Mageswary, 24, yang mengandungi dompet, wang tunai RM80, kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik .
Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Datuk Ismail Hashim, kira-kira jam 9 pagi, 19 Jun, tahun lalu.
S Selvaranjini mengendalikan kes terhadap Sham Muliad mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda dan sebat.
Sham Muliadi diwakili RSN Rayer.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/rompak-rm80-penjara-lima-tahun-1.234929