BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko jerebu Asia Tenggara meningkat

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Risiko jerebu Asia Tenggara meningkat​

3621830.webp

Data dikeluarkan pemerintah pada awal minggu lalu menunjukkan hampir 95,000 hektar musnah dijilat api sepanjang bulan lalu. - Foto Agensi

JAKARTA - Jerebu kini menyelubungi sebahagian kawasan di Borneo, Indonesia dan keadaan itu dijangka menjadi lebih buruk susulan peningkatan jumlah titik panas yang telah dikenal pasti.

Jumlah titik panas dilaporkan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sedekad, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kebakaran hutan besar-besaran dan risiko jerebu tebal yang akan menyelubungi rantau Asia Tenggara.

Lebih 3,500 titik panas direkodkan setakat pertengahan Ogos iaitu lebih empat kali ganda berbanding jumlah pada Julai dan merupakan jumlah tertinggi sejak 2015

"Kami perlu kekalkan stamina masing-masing kerana bulan September dan Oktober diramalkan lebih kering disebabkan corak cuaca El Nino yang ekstrem," menurut jurucakap di Kementerian Perhutanan, Yudho Shekti Mustiko.

Data dikeluarkan pemerintah pada awal minggu lalu menunjukkan hampir 95,000 hektar musnah dijilat api sepanjang bulan lalu.

Keluasan kawasan yang terbakar setakat ini sudah melebihi rekod musim El Nino pada 2019 dan 2023, namun masih belum menyamai kemusnahan besar pada 2015.

Indonesia mengalami cuaca kering luar biasa sejak beberapa minggu lalu dengan jumlah taburan hujan jauh lebih rendah dan suhu purata kira-kira 1.2 darjah Celsius lebih tinggi daripada rekod biasa.

Agensi meteorologi Indonesia turut memberi amaran mengenai keadaan cuaca berisiko tinggi untuk kebakaran di beberapa wilayah termasuk sebahagian besar Kalimantan, Sumatera dan Jawa. - Agensi

Info

 
Back
Top
Log in Register