BTC USD 106,010 Gold USD 3,355.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Renovation Rumah. Sape ada pengalaman.

Sponsored Post

dah ada thread mcm ni....

kalau ada ubahsuai/tambah struktur bangunan perlukan permit dari majlis perbandaran.
pastu lain daerah, lain peraturannya...

kalau setakat dalam rumah... buat dono je :D
kalau luar rumah mmg payah sikit la..kecuali jiran2 tak komplen,


anggaran ongkos permit = tingkat bawah: <1500
tingkat bawah dan atas <1800
 
Last edited:
Aku sedang berurusan mengenai ubahsuai rumah ni...

Nak renovate sikit tingkat atas...

1. Pergi kat pejabat kawalan bangunan majlis daerah untuk mohon...masalah timbul sebab aku nak renovate tingkat atas...kalau tingkat bawah majlis daerah boleh keluarkan permit sementara...tapi memandangkan tingkat atas...diorang kenakan prosedur yang agak ketat...mesti ada pelan binaan dari arkitek berdaftar.
2. Jumpa arkitek petang tadi...bawa masuk rumah...lihat sekitar bilik yang ingin di renovate...so antara dokumen yang dia nak sebelum memulakan proses pengukuran...
i. salinan geran rumah
ii. pelan asal rumah
iii. resit bayaran terkini cukai taksiran
iv. salinan i.c pemilik
Jadi...bayaran untuk semua ini...pengukuran,pengesahan dan sebagainya adalah RM1500.
3. Jika majlis daerah mahukan pelan pembinaan...aku kena top up lagi RM800.
4. Majlis daerah kenakan bayaran +/- RM300 untuk permohonan renovate ni...(RM250 akan dikembalikan)
5. Setelah cukup syarat di atas...majlis akan keluarkan permit kebenaran ubahsuai rumah.

Banyak jugak kos yang aku tanggung...itu belum masuk kos binaan dah buruh lagi. alasan majlis daerah yang mahukan aku melantik juru runding binaan ni sebagai langkah keselamatan untuk ubahsuai tingkat atas...jika tidak dikhuatiri nanti akan berlaku runtuhan jika ubahsuai dibuat tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan...kos ini tidak akan timbul atau tidak terlalu tinggi jika ubahsuai tingkat bawah...

Cerita diatas antara proses ubahsuai rumah taman yang berada dibawah naungan majlis daerah...jika rumah sendiri di tanah sendiri/kampung...tak perlu semua ni...kalau nak rumah cantik...kena lantik juru runding binaan lah...

*** Segala prosedur dan kos tersebut juga mungkin berbeza ditempat-tempat lain...
 
Last edited:
open space kitchen
x4fUkn.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register