BTC USD 16,495.3 Gold USD 1,752.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion : Tak bayar sewa rumah: guna hadis untuk mentutup kesalahan elak kena halau tuan rumah

Yallah

Active+ Member
Messages
2,544
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,544
Reaction score
348
Points
41

Tak bayar sewa rumah: guna hadis untuk mentutup kesalahan elak kena halau tuan rumah​

SUDAHLAH tiga bulan culas bayar sewa, malah penyewa sebuah kondominium tergamak menggunakan potongan hadis untuk renungan tuan rumah bagi menghalalkan perbuatannya itu.

Perkara itu didedahkan individu bernama Yusnizam Yusoff di Facebook berdasarkan pengalamannya berdepan penyewa yang cuba berlagak alim kononnya dia ditindas.

Difahamkan ia bermula selepas Yusnizam selaku tuan rumah meminta penyewa berkenaan mengosongkan kediaman miliknya.

“Tak salah nak ambil hak sendiri tapi encik Yusnizam dah menyusahkan kehidupan kami apabila terpaksa keluar sebab hilang tempat tinggal dan akan susah untuk bekerja.

“Sedangkan encik Yusnizam dapat harta duniawi yang sementara. Penyelesaian hutang mestilah selari dengan syariat Islam,” kata penyewa berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

231401nknbfekb7ku8bnnn.jpg

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang dikongsikan, penyewa tersebut turut berkongsi beberapa potongan hadis bagi menyokong hujahnya berhubung membantu orang yang dalam kesukaran.

Meskipun pemilik mengingatkan penyewanya bahawa sikap culas membayar sewa selama tiga bulan juga satu perbuatan yang menyusahkan, namun individu berkenaan tetap dengan pendiriannya.

Malah dia turut menyatakan sistem perundangan sedia ada lebih menyebelahi pemilik berbanding penyewa.

“Kalaulah undang-undang Malaysia dan syariat Islam ni menyebelahi hak pemilik lebih daripada hak penyewa, makin bersepahlah gelandangan dan golongan marhain tepi jalan.“Makin bertambahlah isu penindasan daripada golongan kayangan,” katanya.

Susulan mesej yang diterima itu, Yusnizam menjelaskan situasi di halaman Facebooknya dan meluahkan kesukaran yang dialami.

Menurutnya, rumah yang disewa itu adalah jenis kondominium namun bayaran bulanan adalah sekitar RM900, lebih murah jika dibandingkan dengan harga pasaran di kawasan sama.

Malah kata Yusnizam, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan kepada bank setiap bulan termasuk kos penyelenggaraan adalah sekitar RM1,200.

“Dia tak bayar sebab alasan tertentu. Macam saya pula zalim, habis bank peduli masalah saya?

231445tnuachunbhgtun0c.jpg

Antara petikan hadis dan perbualan Yusnizam bersama penyewa.

“Rumah dia sewa ini, kondo… harga sewa RM900. Kawasan tu orang sewakan RM1,200, (termasuk) kadar bayar bank dan penyelenggararaan pun lebih kurang RM1,200,” luahnya.

Yusnizam juga berharap individu tersebut mencari rumah sewa yang sesuai dengan kewangan semasa berikutan terdapat banyak pilihan dengan harga RM400 hingga RM500 di kawasan sekitar.

“Dah tak mampu, buat cara tak mampu. Area ni banyak pilihan lain, RM400-RM500 rumah yang selesa pun ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yusnizam juga menyatakan bahawa dia bukan meminta tunggakan bayaran sewa, sebaliknya meminta penyewa terbabit mengosongkan rumah.

Bagaimanapun, menyusuri Facebook milik Yusnizam, beberapa siri status yang dimuat naik berkaitan penyewa yang enggan keluar tersebut telah dipadam.

Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.

Bagaimanapun perkongsian yang dibuat Yusnizam menjadi tular di media sosial sehingga turut disiarkan pemilik Twitter @meinmokhtar.

Rata-rata netizen turut terkejut dengan nasib yang menimpa Yusnizam dan kecewa apabila penyewa tersebut cuba berselindung di sebalik hal agama bagi mengelak daripada isu pokok iaitu culas.

“Ni pakai topeng apa? Tak salah nak guna ayat al-Quran, hadis segala bagai tapi tengok situasi… tak gentle cara macam ni.

“Dia yang langgar hukum agama dan undang-undang negara, buat-buat terpaling mangsa pula.

“Semoga dijauhkan daripada golongan penunggang agama macam ni, berhujah ikut apa dia suka… kalau tak ada duit, at least kena ada rasa malu.

“Aku benci religion rider untuk tutup kesalahan sendiri.

231603mra6ugwk4u4i4zrw.jpg

Antara reaksi warganet yang geram melihat petikan hadis daripada penyewa terbabit.

“Ni betul-betul penunggang agama yang tak pakai helmet dan conner baring dekat jalan berpasir… berharap tak jatuh sebab Allah tolong,” ujar beberapa netizen.

Tidak kurang juga berkongsikan pengalaman berhadapan dengan situasi seumpama itu.

“My mom pernah kena macam ni. Almost 5 months tak bayar dan buat dia macam owner pula… too many reports from jiran dan management. End up call police, rumah macam tongkang pecah!

“Aku pernah kena dengan penyewa dari neraka macam ni. Tiga bula lepas aku kena… dah tak bayar sewa, lepas tu ugut tuan rumah untuk repair rumah yang dia rosakan atau dia tak perlu bayar sewa langsung selagi tak repair.

“Satu ja nak cakap, kalau orang sewa tak bayar sebulan terus kick dari rumah. Jangan kesian sebab nanti mereka selesa tak bayar sewa untuk bulan-bulan seterusnya,” kongsi beberapa pelayar Twitter
 
Sponsored Post

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,389
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,389
Reaction score
2,561
Points
251
Awards
1
Penunggang...
 
Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,618
Joined
Jan 12, 2008
Messages
28,618
Reaction score
5,802
Points
481

Tak mampu sembang kari.....halau je...tak perlu nak kesian....tak keluar report polis....bawa surat mahkamah....lagi kita tunjuk kesian lagi dia akan ambil kesempatan....kemudian cakap hutang rumah sewa 3 bulan...tak halalkan....tgk dia nak jawap apa......tanya dia nak mati dgn hutang ke?
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,289
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
33,289
Reaction score
4,391
Points
261
Awards
1
Ustaz gaji tak brapa besar dik
Harap bayaran yuran mengaji berapa la sgt

Kalu adik bg duduk sebulan dua lg Allah gandakan lg pahala akhirat InsyaAllah
hehe
 
Yallah

Active+ Member
Messages
2,544
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,544
Reaction score
348
Points
41
Tak mampu sembang kari.....halau je...tak perlu nak kesian....tak keluar report polis....bawa surat mahkamah....lagi kita tunjuk kesian lagi dia akan ambil kesempatan....kemudian cakap hutang rumah sewa 3 bulan...tak halalkan....tgk dia nak jawap apa......tanya dia nak mati dgn hutang ke?
Report polis pun polis tak boleh buat apa.

nak kena ada surat dari mahkamah baru boleh halau jenis ni.
 
rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,389
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,389
Reaction score
2,561
Points
251
Awards
1
Ustaz gaji tak brapa besar dik
Harap bayaran yuran mengaji berapa la sgt

Kalu adik bg duduk sebulan dua lg Allah gandakan lg pahala akhirat InsyaAllah
hehe

Ustaz duduk dalam lokap aje lah
lol
 
copy left

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,671
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,671
Reaction score
765
Points
171
dia punye tunggang tu selagi boleh hahahaha
 
Sponsored Post

Top
Log in Register