mj12
Legendary Member

- Messages
- 11,812
- Joined
- Mar 22, 2008
- Messages
- 11,812
- Reaction score
- 0
- Points
- 110
Salam semua. Kenapa Wea Izre? Kenapa Wea Izre? Kenapa ramai tidak puas hati terhadap Wea Izre?
Wea Izre pernah terfikir tak kenapa ramai forumer (dlm thread ni) tidak puas hati terhadap Wea?
Banyak sebab org tidak puas hati terhadap kita terutamanya dalam forum. Kalau jumpa kat luar kita tak semestinya berperangai seperti dalam forum.
Kebanyakkan kita cakap dgn beradap dalam situasi pertemuan bersemuka antara sesama kita (diluar forum). Kita bercakap 'berlapik' supaya rakan yg kita lawan bercakap tidak sakit hati, tidak rasa tersindir dsbnya, lainlah rakan yang akrab yg saling memahami tak kisah belasah je, tak terasa sakit hati sbb dah kenal, dah biasa dgn hatibudi kawan tu.
Antara sebab2 org tak suka pada kita dalam forum, semuanya kerana tulisan yg bersifat negatif, dan mmg jelas semua org tak suka posting yg negatif kan.
Antara posting yg disifatkan negatif ialah memperli org lain, memperli posting org lain, menyerang sikap individu, menyalahkan seseorg, menghina memfitnah org lain (mengatakan sekian2 sedangkan beliau tak kata atau tak bermaksud begitu), lain yang dijawab lain yang ditanya @ tidak menjawab soalan, soalan tak jawab tapi tanya balik soalan lain atau yg sama, jawapan yg makan dalam iaitu sambil jawab tapi nada atau maksud sindir org lain. Dan macam2 bentuk posting negatif lain.
Adakah jawapan yng sindir org lain kita berharap org itu puas hati atau tak terasa apa2? Semestinya jawapan sindiran kita tu akan menyakitkan hati org tersebut.
Nauzubillah, semoga syaitan tidak bertenggek dihati kita.
Terutamanya dalam Forum agama, amalkan sikap yang baik dalam posting2. supaya menambah ilmu, menambah silaturrahim antara sesama kita. Kita bersaudara dalam agama ibarat satu badan. Kita bukan hidup menyendiri dalam dunia kita, biarlah org tak kan faham. tapi kita ini hidup bersaudara.
Semoga dalam forum agama ini kita lebih erat terasa persaudaraan antara kita. lebih menambah ilmu kita, saling ingat mengingati antara sesama kita.
Di harap forumer pandai berforum supaya org lain tidak sakit hati dgn jawapan atau posting2 kita sendiri. Sambil saya mengingatkan diri saya sendiri. Saya tak pandai dan arif harap saudara2 yg lebih arif dapat beri tunjuk ajar. saya hanya baca dan memerhati dari tepi.
Minta maaf Wea sbb saya mention nama Wea kat atas, saya fikir inilah kenyataannya, Saya Harap Wea boleh terima.
Minta maaf jika ada tersilap, atau salah.
Peace... Salam.
*P/S :- 1.Minta maaf kepada saudara Hilal sbb dulu ada bertengkar dalam forum tentang suatu isu agama, kalau saudara masih ingat. Minta maaf salah saya.
2. Minta maaf kepada saudara Mj kerana bertengkar dalam forum ttg suatu isu dahulu kalau saudara masih ingat. Minta maaf salah saya.
seyes bro wa x der amik hati dengan sesiapa pun kat cg nie...
semuanya saudara wa....
berKASIH SAYANG kerna Allah...
maaf dari hamba juga....