ratusanRM
CG Top Poster Club

- Messages
- 22,693
Paid Membership
- Joined
- Apr 8, 2007
- Messages
- 22,693
- Reaction score
- 364
- Points
- 131
Keistimewaan & Kelebihan Nabi Kita Muhammad S.A.W :
Lagi Maklumat Keindahan Fizikal Nabi Muhammad S.A.W <---- SILA KLIK !
- Baginda tidak pernah ber'ihtilam' ( keluar mani ketika tidur)
Dikeluarkan oleh at-Tabrani dari jalan Ikramah daripada Anas, Ibnu Abbas dan Dainuri dari jalan Mujahid daripada Ibnu Abbas R.A berkata :
- Baginda tidak mempunyai bayang-bayang
Dikeluarkan oleh al-Hakim al-Tirmizi daripada Zakwan berkata :
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A :
- Lalat tidak pernah hinggap pada tubuh baginda
al-Qhadi Iyadh menyebut di dalam al-Syifa' :
Demikian juga sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Sabu' di dalam al-Khasais dengan lafaz :
- Mata rasulullah tidur tp hatinya tidak tidur.
- Baginda melihat dari belakangnya seperti melihat dari depannya
- Baginda tidak pernah menguap
- Baginda lahir dalam keadaan berkhatan
- Haiwan mengenali baginda & ia tidak lari daripada baginda bahkan datang dekat padanya
- Apabila duduk, baginda lebih tinggi daripada semua org yg duduk... begitu juga ketika baginda berdiri
semoga kita semua dapat menambah ilmu dengan bingkisan ini
paid

ما احتلم نبي قط, وما الإحتلام من الشيطان
"Rasulullah tidak pernah berihtilam (bermimpi sehingga berjunub kerana ia adalah daripada syaitan"
* Jalaludin al-Sayuti, al-Khasais al-Nabawiyyah al-Kubra, Jilid 1, Halaman 168 dan Dr Sayyid Muhammad al-Malikii, Mafahim Yajibu an Tusahhah, Halaman 216.
- Baginda tidak mempunyai bayang-bayang
Dikeluarkan oleh al-Hakim al-Tirmizi daripada Zakwan berkata :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لم يكن له ظل
في شمس ولا قمر
"Bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah mempunyai bayang-bayang semasa berada di bawah sinaran matahari dan bulan"
* Dr Sayyid Muhammad al-Malikii, Mafahim Yajibu an Tusahhah, Halaman 215.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A :
لم يكن للنبي صلى الله عليه وسلم ظل
ولم يقم مع الشمس قط إلا غلب ضوءه ضوء الشمس
ولم يقم مع سراج قط إلا غلب ضوءه ضوء السراج
"Nabi S.A.W tidak mempunyai bayang-bayang. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri di bawah sinaran matahari melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya matahari. Tidaklah Baginda S.A.W berdiri bersama suatu lampu melainkan cahaya baginda S.A.W mengalahkan cahaya lampu tersebut"
* al-Zarqani, Syarah Mawahib al-Laduniyyah, Jilid 7, Halaman 200
- Lalat tidak pernah hinggap pada tubuh baginda
al-Qhadi Iyadh menyebut di dalam al-Syifa' :
أن من خصائصه صلى الله عليه وسلم : أنه كان لا ينزل عليه الذباب
"Di antara keistimewaan Rasulullah S.A.W ialah lalat tidak pernah hinggap padanya"
Demikian juga sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Sabu' di dalam al-Khasais dengan lafaz :
أنه لم يقع على ثيابه ذباب قط
"Lalat tidak pernah hinggap di pakaian Baginda S.A.W"
- Mata rasulullah tidur tp hatinya tidak tidur.
- Baginda melihat dari belakangnya seperti melihat dari depannya
- Baginda tidak pernah menguap
- Baginda lahir dalam keadaan berkhatan
- Haiwan mengenali baginda & ia tidak lari daripada baginda bahkan datang dekat padanya
- Apabila duduk, baginda lebih tinggi daripada semua org yg duduk... begitu juga ketika baginda berdiri
Keistimewaannya rasulullah adalah sangat banyak. Namun demikian, sekiranya ditinjau kepada sanadnya, maka ada di antara sanadnya yang sohih & tidak sohih. Sebahagian daripadanya diperselisihkan pendapatnya oleh ulama' kerana sebahagian mereka menilai bahawa hadtih-hadith mengenainya adalah sohih dan sebahagian yang lain melihat ia tidak sohih. Oleh yang demikian, ia termasuk di dalam masalah khilafiah
Permasalahan ini begitu lama berada di meja perbincangan ulama' semenjak dahulu lagi. Ia berkisar antara betul atau tidak, sah atau batil, tetapi tidak berkisar di antara kufur atau iman.
Kami telah menaqalkan sejumlah keistimewaan Nabi Muhammad S.A.W yang menurut riwayatnya, ada yang sohih & ada yang tidak sohih ; ada yang diterima (maqbul) & ada pula yang ditolak (mardud). Semua riwayat itu kami naqalkan untuk menjadi penguat & pendukung terhadap apa yang kami sebutkan mengenai wujudnya toleransi (tasamuh) sebahagian imam hadis di dalam mengutip riwayat-riwayat sedemikian, tanpa adanya penelitian (tahqiq) dan kritikan (naqd).
Namun, kami sekali-kali tidak bermaksud dari perbincangan tersebut untuk menilai riwayat-riwayat tersebut ; apakah sohih atau tidak sohih ; apakah thabit atau tidak thabit. Justeru, renungilah....
sambungan masalah mengenai bayang-bayang Rasulullah :
Syekih Soleh Ibnu Muhammad al-Azhari R.A menyatakan, matahari dan bulan tidak mempunyai bayang-bayang. Begitu juga Nabi Muhammad S.A.W tidak mempunyai bayang-bayang kerana beberapa perkara. Di antaranya ialah :
1) Sekiranya Baginda S.A.W mempunyai bayang-bayang, dikhuatiri bayang-bayang Baginda S.A.W akan dipijak oleh tapak kaki manusia. Jika bayang-bayang Baginda S.A.W dimuliakan sedemikian rupa, apatah lagi zat Baginda S.A.W yang mulia.
2) Supaya orang Kafir tidak dapat menghina Rasulullah S.A.W dengan memijak bayang-bayang Baginda S.A.W. Justeru, ulama' mengatakan, jika Rasulullah S.A.W mempunyai bayang-bayang, maka sudah tentu haram memijaknya dan sesiapa yang memijaknya dengan sengaja adalah kufur, sepertimana kufurnya orang yang sengaja kencing di tempat-tempat yang pernah diduduki oleh Rasulullah S.A.W
* Syeikh Soleh ibnu Muhammad al-Azhari, al-Muntaqa al-Nafis, Halaman 174
semoga kita semua dapat menambah ilmu dengan bingkisan ini
Last edited: