BTC USD 64,939.2 Gold USD 2,357.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Perintah Pakai Tudung Dalam Al-Quran, Kekeliruan Liberal Tentang Pakaian

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
447,575
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
447,575
Reaction score
36,001
Points
2,836
Awards
2

Kekeliruan liberal tentang pakaian​

FEBRUARY 14, 2024

sanusi.jpg


  1. Sejak kes Nik Elin dan pembatalan enakmen Syariah Kelantan, ada yang membangkitkan semula isu pakaian wanita muslimah. Katanya di dalam al-Quran tiada perintah memakai tudung.
  2. Pada hakikatnya, arahan mematuhi etika pakaian adalah pesanan Allah di dalam al-Quran. Menjaga aurat adalah suatu kewajipan sehingga Allah berpesan kepada manusia agar jangan menuruti perintah Syaitan yang menyebabkan pakaian manusia itu tertanggal. Firman Allah:
يَا بَنِي آدَمَ لاَ يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءَاتِهِمَا
“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka.”
  1. Perhatikan ayat al-Quran ini yang menjelaskan bagaimana Syaitan itu sifatnya menghasut manusia sehingga menyebabkan pakain mereka terlucut dan terdedahnya aurat mereka. Kebebasan yang diperjuangkan oleh setengah pihak seakan menjurus ke arah ini.
  2. Bagi wanita Muslimah, kewajipan menutup aurat itu adalah arahan yang telah difardukan oleh Allah. Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran yang menyebutkan:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;” (al-Nur:31)
  1. Dalam menghuraikan ayat ini al-Imam Ibn al-Jarir al-Tabari menghuraikan bahawa:
وليلقين خُمُرهنّ، على جيوبهنّ، ليسترن بذلك شعورهنّ وأعناقهن وقُرْطَهُنَّ.
“hendaklah para wanita itu melabuhkan tudung kepala mereka menutup dada-dada mereka supaya tertutup juga dengan itu rambut, tengkuk dan telinga mereka.”
  1. Syeikh al-Maraghi turut menghuraikan di dalam tafsirnya yang menyebutkan :
“Wanita pada zaman dahulu menutup kepala mereka dengan khimar (tudung) dan melabuhkan hujung tudung itu ke belakang badan supaya terdedah leher dan dada mereka, seperti kebiasaan zaman Jahiliyyah, lalu mereka dilarang syarak daripada berbuat sebegitu lagi.
  1. Ketika turunnya ayat ini, Saidatina Aisyah memuji wanita Muhajirin kerana kesungguhan mereka menutup aurat seperti yang telah diwajibkan oleh Allah. Perkara ini diceritakan oleh oleh beliau sendiri dalam riwayat Abu Daud yang menyebutkan:
يرحم الله نساء المهاجرات الأول لما أنزل الله وليضربن بخمرهن على جيوبهن شققن أكثف مروطهن (نوع من الثياب) فاختمرن بها ” .
“Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yang awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yang diperbuat daripada bulu bebiri) mereka lalu mereka jadikan sebagai tudung.”
  1. Perbuatan mempertikaikan etika pakaian seperti yang telah diwajibkan oleh syarak adalah perkara yang ditegah oleh agama. Perkara ini dijelaskan oleh artikel yang dinukilkan di laman Mufti Wilayah yang menyebutkan:
Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah berkata: “Jika seorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yang sudah disepakati ke atasnya dan mudah diketahuinya dalam agama, maka dia sudah kafir.” Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233).
  1. Etika pakaian wanita Muslimah adalah bertujuan menjaga dan memartabatkan kemuliaan wanita. Ia tidak seperti yang digambarkan oleh Sisters seolah etika pakaian menggambarkan wanita itu cacat. Andai sekiranya dalam dunia itu ada peraturan pakaiannya, mengapa peraturan Allah tidak pula mahu dituruti?
Semoga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam


www.indahnyaislam.my
 
Sponsored Post

golongan liberal ni tak boleh ditegur. Ada saja jawapan nak tepis.

Kena cari loophole agar satu2 perkara diorang x dpt buat.

Kita kena start dari haramkan org Islam masuk ke kelab malam/konsert dulu.

So mana2 owner nak buat bisnes kelab malam, pastikan ada bonzer cek mykad kalau org Islam, jgn bagi masuk.

Kalau ditangkap ada, owner kena bayar denda rm50 billion dan 40000 sebatan.
 
Tudung babi arak lebih utama dr rasuah rogol dadah

Pemakaian tudung salah satu daripada penjagaan aurat
Penjagaan aurat yang betul boleh bantu hindari kejadian rogol
Sekurang-kurang bukan jadi penggalak kepada mat sangap

Arak pula boleh dikatakan punca kepada kemaksiatan (ada yang kata elok je tak mabuk bila minum arak sebab minum sikit)
Jadi memang betul isu arak patut diutamakan

Dadah pula banyak sebab masalah penguatkuasaan juga
Mungkin pihak berkuasa juga dah terima suapan (bukan semua)
Itu yang buatkan pengedar berani edar dadah
 
Pemakaian tudung salah satu daripada penjagaan aurat
Penjagaan aurat yang betul boleh bantu hindari kejadian rogol
Sekurang-kurang bukan jadi penggalak kepada mat sangap

Arak pula boleh dikatakan punca kepada kemaksiatan (ada yang kata elok je tak mabuk bila minum arak sebab minum sikit)
Jadi memang betul isu arak patut diutamakan

Dadah pula banyak sebab masalah penguatkuasaan juga
Mungkin pihak berkuasa juga dah terima suapan (bukan semua)
Itu yang buatkan pengedar berani edar dadah

Kat rumah tu
Anak ppuan kene rogol dgn bapak sendiri

Apa kita nak buat bang? Depa tak pakai jilbab ke kat umah
 
Tudung babi arak lebih utama dr rasuah rogol dadah
apa benda yg tuan dah melalut ni
tuan ni jenis tak faham statement ye

meh sini saya nak bagitau

asal cerita adalah berikut ni
ada yang membangkitkan semula isu pakaian wanita muslimah. Katanya di dalam al-Quran tiada perintah memakai tudung.

jadi dah orang bangkitkan isu pakaian wanita dan aurat wanita
tu yg ustaz ni bagitau pasal authorities dlm alquran berkenaan pakaian dan aurat wanita


dlm islam ni jika tuan tak tahu, saya terangkan bhw banyak benda yg utama
dan tak bermaksud jika kita beri penekanan pasal aurat dan pakaian wanita, kita tak mengambil berat pasal rasuah dan rogol



hadis nabi dah jelas mengenai perbuatan rasuah
belajar dengan ustaz yg bertauliah pasal rasuah ni ye
banyak authorities menyebut pasal rasuah ni mmg ditolak dalam islam

pastu pasal rogol pun pun jelas kedudukannya dlm islam
dah seks diluar ikatan pernikahan pun haram sekalipun rela dan suka sama suka
apatah lagi perbuatan rogol



tuan ni apahal
kalau seseorang dok highlight pasal pakaian wanita dlm islam dan juga auratnya
mestilah kita jawab pasal aurat wanita dan pakaian wanita dlm islam



tak semestinya jika kita bercakap pasal pakaian wanita dlm islam dan juga aurat
jadi kita mengenepikan keutamaan pasal makan makanan yg halal dlm islam
jadi kita mengenapikan keutamaan pasal taat kepada ibu bapa
jadi kita mengenepikan mengenai perbuatan syirik
dan sebgainya

tengok konteks ayat la tuan
kalau orang dah tanya pasal pakaian wanita dlm islam, takkan lah dia nak jawab pasal rogol dan rasuah

aduhai
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register