BTC USD 84,110.3 Gold USD 4,290.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramasamy keluar DAP?

IMG_0803.png


Refill popcorn dulu
 

Shamsher Singh Thind

13 min ·



Anthony Loke kata Dr Ramasamy masuk DAP sebab nak jawatan, dan bila beliau tak dapat, beliau keluar parti (https://www.nst.com.my/.../anthony-loke-unfazed-dr-p...)

Betapa jahilnya hang, wahai si Anthony. Dr Ramasamy masuk DAP pada tahun 2005. Jawatan apa yang DAP pegang masa itu dalam kerajaan? Betul, beliau dilantik sebagai DCM 2 selepas memenangi PRU-12. Tapi sebelum itu, beliau terpaksa meletakkan jawatannya di Singapura untuk bertanding di Perai. Dan tiada jaminan bahawa beliau boleh menang dan dilantik sebagai DCM 2.

Sebenarnya, Dr Ramasamy memang dah bersetuju untuk mengundurkan diri jika DAP Pusat tidak merestui pencalonan yang dibuat oleh DAP Penang. Ini boleh dilihat dalam senarai negeri yang dimuktamadkan oleh five-men committee di Penang, iaitu Chow Kon Yeow, Jagdeep Singh Deo, Zairil Khir Johari, Lim Hui Ying dan Dr Ramasamy sendiri. Dalam senarai itu, jelas bahawa pilihan pertama pengganti Dr Ramasamy ialah David Marshel (Ahli Majlis MBSP selama 15 tahun) dan pilihan kedua ialah Jason Raj (DAPSY National Vice Chairman).

Malangnya, ketiga-tiga nama yang dicadangkan oleh DAP Penang ditolak. Tiada penjelasan diminta dan tiada alasan diberikan. Itu yang membuatkan Dr Ramasamy marah sehingga terpaksa meletak jawatan dalam parti.
P.S. Anthony Loke ingat lagi apa yang hang tulis pada 10 Jun 2004:
‘I urge MCA Youth who are present tonight to show political seriousness to address this problem by taking a strong position in urging the government to create a common university entrance examination system for all Malaysians regardless or race.’ (https://dapmalaysia.org/.../2004/jun04/bul/bul2451.htm)

Saya minta Anthony Loke beranikan diri dan bawa cadangan common unversity entrance examination ini kepada DSAI. Boleh? Kalau tak buat, baik hang letak jawatan lah sebagai Menteri. Buat apa duk dalam kabinet kalau tak ada kuasa. Wa cabar sama lu lah, ada berani?


1691654119357.png
 
1691654204503.png



Ramasamy keluar DAP, salahkan 'maharaja'
Wang Ping
Diterbitkan: Aug 10, 2023 10:55 AM

Dikemaskini: 3:39 PM




Pemimpin veteran DAP yang juga bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengumumkan keluar daripada parti itu.

Ramasamy berkata dia telah diketepikan dalam parti itu disebabkan seorang "maharaja" yang menjadi punca berlaku krisis dalam DAP Pulau Pinang.

Ramasamy - yang digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya negeri Pulau Pinang - berkata dia telah berfikir panjang mengenai keputusan itu sebelum menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, serta Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Dia mengumumkan perkara itu semasa sidang media di bilik gerakan calon Bebas, David Marshall bagi kerusi DUN Perai, yang sebelum ini turut mengumumkan keluar DAP.




Ketika membacakan kenyataan medianya, Ramasamy mengulangi dakwaan bahawa pembersihan politik telah dilakukan dalam DAP Pulau Pinang, menyebabkan calon muda seperti Yeoh Soon Hin, Soon Lip Chee dan Satees Muniandy digugurkan.

Ini, katanya adalah usaha untuk menyingkirkan mereka yang dianggap menyokong ketua menteri sementara, Chow Kon Yeow.


0923d465db21a435644d4f201b428e94.jpg

Katanya "maharaja" berkenaan menjadi punca perkara itu berlaku, manakala senarai calon yang diberikan oleh Chow telah ditolak.
“Chow mungkin dilantik semula sebagai ketua menteri tetapi beliau tidak mempunyai sokongan kuat dalam barisan calon DAP sekarang.




"Ada kemungkinan Chow tidak akan berkhidmat sepenggal penuh sebagai ketua menteri, walaupun beliau telah diberi jaminan oleh kepimpinan pusat," katanya.
Penyandang DUN Perai itu berkata dia akan terus menyokong Chow dan kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


d866d64df065ca01241e4440c0836934.jpg

'Sertai kami tumbangkan maharaja'
Ramasamy berkata Satees, yang juga bertanding sebagai calon Bebas, dan David turut menyatakan pendirian yang sama.
Satees - yang mempertahankan kerusinya di Bagan Dalam - meminta penyokong DAP menyokong mereka dalam usaha menjatuhkan 'maharaja'.
"Kami mahu ahli dan penyokong DAP menyertai kami dalam menjatuhkan dinasti maharaja, dan membawa parti ini dan Pulau Pinang ke jalan yang betul."

Sementara itu, Ramasamy juga mengulangi rasa tidak senangnya terhadap cara DAP membuat keputusan untuk menggugurkannya.

Walaupun dia menerima keputusan itu, Ramasamy berkata dia kecewa dengan sikap Loke, yang juga bekas anak didiknya kerana tidak memberitahunya sendiri mengenai perkara itu.


a94f402aaceca8816f309b759bf22264.jpg



Sebaliknya, Ramasamy berkata Loke menghantar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming untuk menyampaikan berita buruk itu kepadanya.
Dia juga mendakwa masyarakat India kecewa dengan keputusan DAP menggugurkannya, selain mendakwa ada lagi individu dari DAP akan keluar parti tidak lama lagi.
Ditanya langkah seterusnya dan sama ada dia akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain, Ramasamy menjawab dia masih belum memutuskan perkara itu.
 
LGE dan adik perempuan dah jd MP
Loke tu punye la tamak. Dah jd MP, dah jd Menteri, nak lagi jd DUN

peluasan empire tn TXT
kat perak ni pun ada pemegang kuasa yg mana diorang ni amat berpengaruh, tak terkalah oleh orang lain diperak ni

dan, yg perak nipun taat pada Maharaja
Ngeh Koo Ham bukan Maharaja DAP Perak?
 
Ramasamy ‘Tak Ikhlas’, Tunggang DAP Demi Jawatan, Kata Loke

10.08.2023 -
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ini membuktikan parti bertindak betul dengan tidak mencalonkannya untuk PRN Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kecewa dengan keputusan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy meninggalkan parti itu. Katanya, Ramasamy hanya keluar DAP selepas digugurkan sebagai calon PRN menunjukkan beliau “tidak ikhlas” selama ini, walaupun diberikan peluang berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang sejak 2008.

“Adakah selama ini dia tunggang parti demi jawatan?” katanya selepas sebuah program PH-BN di Kampung Chennah di sini. Apabila dia bukan calon DAP (dalam PRN), dia tinggalkan parti. Ini menunjukkan dia tidak ikhlas semasa berada dalam DAP.”

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, tindakan Ramasamy keluar DAP membuktikan parti itu membuat keputusan betul tidak mencalonkannya dalam PRN Pulau Pinang. Beliau juga yakin keputusan Ramasamy tidak akan menjejaskan peluang DAP dalam PRN Sabtu ini. Adun Perai selama tiga penggal itu antara tujuh bekas wakil rakyat Pulau Pinang yang digugurkan sebagai calon PRN. DAP memilih S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah Eco World Sdn Bhd, sebagai calon di kerusi Perai.

Terdahulu, Ramasamy dalam sidang media hari ini mendakwa DAP Pulau Pinang melakukan pembersihan politik untuk mengetepikan individu dianggap menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow. Katanya, beliau kecewa dengan sikap “bekas pelajarnya” Loke, yang dikatakan meminta Naib Presiden DAP Nga Kor Ming memaklumkan beliau tidak akan dicalonkan. Ramasamy turut mendakwa masyarakat India kecewa dengan DAP menggugurkannya dan ada lagi ahli akan meninggalkan parti itu untuk menyokong tindakannya.


Anwar Akan Jumpa Samasamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghubungi Ramasamy mengenai keputusannya keluar DAP.

“Ramasamy sahabat saya. Saya tentunya akan dapatkan pandangan daripada dia. Dia ada beberapa masalah khusus dengan parti. Jadi, saya harap dia mungkin (boleh) main peranan positif untuk membantu kerajaan,” katanya dalam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-36 di Kuala Lumpur.​

1691654577924.png
 
Back
Top
Log in Register