BTC USD 85,854.3 Gold USD 4,346.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramasamy keluar DAP?

Saya hilang respek kat Loke bila masih bertanding Adun. Dah jd menteri kot

Dgrnya keluarga Lim nak jd CM atau DCM.
Maharaja masih ada kuasa besar dan pengaruh kuat walau Lim takde kuasa dlm kabinet

aah dengar havoc juga pasal keluarga Lim aim for CM
tapi sebab nak jaga keamanan, dan taknak dianggap sebagai gila kuasa, diorang setuju dengan CKY jadi MB
ni dah sebulat suara sokong
 
Maharaja masih ada kuasa besar dan pengaruh kuat walau Lim takde kuasa dlm kabinet

aah dengar havoc juga pasal keluarga Lim aim for CM
tapi sebab nak jaga keamanan, dan taknak dianggap sebagai gila kuasa, diorang setuju dengan CKY jadi MB
ni dah sebulat suara sokong

IMG_0804.png


Jgn lupa adik LGE jd menteri tu
 
Ramasamy ‘Tak Ikhlas’, Tunggang DAP Demi Jawatan, Kata Loke

10.08.2023 -
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ini membuktikan parti bertindak betul dengan tidak mencalonkannya untuk PRN Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook kecewa dengan keputusan bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy meninggalkan parti itu. Katanya, Ramasamy hanya keluar DAP selepas digugurkan sebagai calon PRN menunjukkan beliau “tidak ikhlas” selama ini, walaupun diberikan peluang berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang sejak 2008.

“Adakah selama ini dia tunggang parti demi jawatan?” katanya selepas sebuah program PH-BN di Kampung Chennah di sini. Apabila dia bukan calon DAP (dalam PRN), dia tinggalkan parti. Ini menunjukkan dia tidak ikhlas semasa berada dalam DAP.”

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, tindakan Ramasamy keluar DAP membuktikan parti itu membuat keputusan betul tidak mencalonkannya dalam PRN Pulau Pinang. Beliau juga yakin keputusan Ramasamy tidak akan menjejaskan peluang DAP dalam PRN Sabtu ini. Adun Perai selama tiga penggal itu antara tujuh bekas wakil rakyat Pulau Pinang yang digugurkan sebagai calon PRN. DAP memilih S Sundarajoo, bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah Eco World Sdn Bhd, sebagai calon di kerusi Perai.

Terdahulu, Ramasamy dalam sidang media hari ini mendakwa DAP Pulau Pinang melakukan pembersihan politik untuk mengetepikan individu dianggap menyokong Ketua Menteri Chow Kon Yeow. Katanya, beliau kecewa dengan sikap “bekas pelajarnya” Loke, yang dikatakan meminta Naib Presiden DAP Nga Kor Ming memaklumkan beliau tidak akan dicalonkan. Ramasamy turut mendakwa masyarakat India kecewa dengan DAP menggugurkannya dan ada lagi ahli akan meninggalkan parti itu untuk menyokong tindakannya.


Anwar Akan Jumpa Samasamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghubungi Ramasamy mengenai keputusannya keluar DAP.

“Ramasamy sahabat saya. Saya tentunya akan dapatkan pandangan daripada dia. Dia ada beberapa masalah khusus dengan parti. Jadi, saya harap dia mungkin (boleh) main peranan positif untuk membantu kerajaan,” katanya dalam Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-36 di Kuala Lumpur.​

1691654577924.png
 
Maharaja masih ada kuasa besar dan pengaruh kuat walau Lim takde kuasa dlm kabinet

aah dengar havoc juga pasal keluarga Lim aim for CM
tapi sebab nak jaga keamanan, dan taknak dianggap sebagai gila kuasa, diorang setuju dengan CKY jadi MB
ni dah sebulat suara sokong

Masih mampu tahan diri rupanya daripada dipanggil gila kuasa
 
Ngeh Koo Ham bukan Maharaja DAP Perak?
ngeh koo ham dengan sorang lagi menguasai Perak, invincible
nak kata tahap Maharaja tu, sebab Maharaja kuasanya merentasi Malaysia
bukan Penang saja
even ngeh koo ham dan sorang lagi pun tunduk dengan Maharaja

Loke tahap menteri pun jaga dan secure kedudukan Maharaja
 
Back
Top
Log in Register