BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DAP tak senang ramalan pilihan raya, Kian Ming ulas keluar DAP

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

DAP tak senang ramalan pilihan raya, Kian Ming ulas keluar DAP​

5290ac20-9cc1-469f-b5ed-20611ac912c6-Ong-Kian-Ming-ssyoutube-100926.jpg

Bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, berkata beliau secara beransur-ansur ‘dipinggirkan’ dalam DAP selepas gagal mempertahankan kerusinya pada pemilihan CEC, pada 2022.

Bercakap dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Ong berkata, ketegangan dengan DAP bermula selepas beliau meramalkan Pakatan Harapan (PH) bakal mengalami kekalahan besar pada PRN Johor.

Katanya, ramalan untuk Johor itu mulanya dibuat semasa sesi taklimat tertutup bersama pengamal media, namun diketahui umum selepas pempengaruh tertentu memperoleh salinan pembentangannya.

“Ini bukan sesuatu yang saya nak buat untuk menjatuhkan PH ataupun nak memburukkan parti DAP,” katanya.

Ong berkata, beliau membuat ramalan sama menjelang PRN Negeri Sembilan, termasuk kemungkinan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook tumpas di DUN Chennah – perkara yang akhirnya menjadi kenyataan apabila Loke tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon dengan majoriti 688 undi.

“Saya beri sebab kenapa…bukan kerana dia (Loke) tidak berkhidmat dengan baik, tetapi angin yang bertiup itu sungguh kuat,” katanya dengan menyifatkan penolakan kuat terhadap PH selain naratif penyatuan ummah.

Beliau berkata, tiada pemimpin DAP yang tampil menghubunginya untuk mempersoalkan ramalan itu atau bertanyakan bagaimana analisanya boleh membantu parti membuat persiapan bagi PRN atau PRU akan datang.

“Jadi, saya rasa itu juga adalah satu isyarat bagi saya bahawa mereka tidak senang terhadap saya, tetapi pada masa sama mereka juga rasa bahawa tidak ada keperluan untuk berhubung dengan saya,” katanya.

Ong meletakkan jawatan daripada DAP pada 31 Ogos. Beliau menolak kemungkinan menyertai parti lain atau bertanding pada PRU16, sambil menegaskan akan berkempen untuk bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, sekiranya dicalonkan.

Beliau menyertai DAP pada 2012 dan pernah berkhidmat sebagai penolong pengarah pendidikan politik parti itu. Ong juga pernah memegang jawatan sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri di bawah kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad, bermula 2018 hingga 2020.

Ong berkata, dalam tempoh dua minggu selepas memaklumkan hasrat keluar parti, tiada sesiapa termasuk Loke yang berhubung memujuknya supaya kekal.

Katanya, peminggiran dalam DAP berlaku secara beransur-ansur dan bukannya berlaku sekelip mata.

Beliau berkata, kekalahannya pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti pada 2022 merupakan isyarat golongan profesional seperti dirinya dan bekas pemimpin DAP, Tony Pua, sudah ‘tidak lagi dialu-alukan’ dalam parti berkenaan.

Pua kalah pemilihan peringkat negeri Selangor dan tidak tersenarai dalam jawatankuasa negeri, sebelum beliau dan Ong tersingklir pada pemilihan CEC.

Ong berkata, beliau sememangnya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU 2022 sebelum gagal dalam pemilihan CEC tersebut.

“Saya juga berani pada masa itu untuk memberi nasihat ataupun cadangan kepada pada masa itu…masih lagi setiausaha agung DAP iaitu Lim Guan Eng supaya beliau tidak mengambil jawatan pengerusi dalam DAP dan saya rasa ia permulaan pengakhiran saya dalam DAP,” katanya.

Ong berkata, beliau sudah mengenal pasti Syahredzan Johan sebagai individu yang mampu menggantikan tempatnya sebagai Ahli Parlimen Bangi, namun beliau tetap menaruh harapan untuk terus memainkan peranan dalam DAP selepas PRU 2022, terutamanya berkaitan isu dasar.

“Tetapi itu adalah sesuatu yang mungkin parti DAP dan pemimpin mereka rasa mereka lebih cerdik lebih berpengetahuan berbanding dengan saya. So ‘it’s okay’ with me’ kerana saya pun ada peranan dan tanggungjawab di gelanggang yang lain.”
 
Back
Top
Log in Register