BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ramai Betul PA Yang Telefon Minta Duit

hafeezan

Freshie
Messages
25
Joined
Mar 4, 2011
Messages
25
Reaction score
4
Points
8
:(scam
Rimas betul la. Bukan PA (Personal Assistant). Agen yang nak sedut duit kita dari kad kredit untuk bayaran premium bulanan. Dalam bulan ni sahaja aku dapat hampir sepuluh panggilan nak minta no kad kredit untuk tawaran insurance PA. Aku paham mengenai pentingnya insurance zaman sekarang ni. Aku dah ada pun, saving untuk aku dan anak-anak sekali.

Bukan apa, sekarang ni terlalu banyak kes penipuan kad kredit. Aku terkilan la juga sebab ada syarikat dan bank-bank yang menjual no peribadi kita ke syarikat insurance ni, jenuh nak menepis. Kalau yang telefon tu faham kita menolak offer yang diberi kira ok la. Masalah ada yang melawan pulak tu. Ada yang cakap kita '*****' pun ada selepas kita tak berminat nak layan. Memang kurang ajar. Nampak sangat nak menipu.

Satu lagi, selalu dapat panggilan telefon dari servis kad center, offer bermacam-macam kad VIP, kad previllge, kad diskaun dan bermacam-macam lagi la.

Jaga-jagalah rakan-rakan sekalian. Bertambah moden hidup kita, bertambah kreatif la penyamun-penyamun cyber di luar sana tu. Kadang-kadang kita terlalu susah untuk berkata "TIDAK", perkataan itu perlu jika kena pada tempatnya. Dengan satu perkataan itulah, duit kita akan selamat sekiranya kita bijak.
 
ak punya kes lak..ak apply debit card pagi..tgh hari dpt call dr privillage card apa tah..pastu mintak no 4 digit belakang kad..cilakak..mujur ak terpikir kata xbawk kad n xingat.time tue xterpk langsung tentang penipuan kad kredit.tidak tak pasal duit ak kena songlap..mana tah depa tau no phone ak n tahu..dah yg call tu org kita perempuan..cepat betol diaorg bertindak.
 
ak pnh dpt call tanya ad pkai cc tak..

ak ckp xde

"tp bkn ke en ad gune credit card RHB"

eh mane ade..(dlm ati ak dah tau ad lg tanya)..xpnh aply pulak

"okla tq"

hahaha..bkn nk ckp en ptot wt report klo xde gune tp dlm system ade

cmtula ak ckp tiap2 kli dpt call
 
Back
Top
Log in Register