hafeezan
Freshie
- Messages
- 25
- Joined
- Mar 4, 2011
- Messages
- 25
- Reaction score
- 4
- Points
- 8
Rimas betul la. Bukan PA (Personal Assistant). Agen yang nak sedut duit kita dari kad kredit untuk bayaran premium bulanan. Dalam bulan ni sahaja aku dapat hampir sepuluh panggilan nak minta no kad kredit untuk tawaran insurance PA. Aku paham mengenai pentingnya insurance zaman sekarang ni. Aku dah ada pun, saving untuk aku dan anak-anak sekali.
Bukan apa, sekarang ni terlalu banyak kes penipuan kad kredit. Aku terkilan la juga sebab ada syarikat dan bank-bank yang menjual no peribadi kita ke syarikat insurance ni, jenuh nak menepis. Kalau yang telefon tu faham kita menolak offer yang diberi kira ok la. Masalah ada yang melawan pulak tu. Ada yang cakap kita '*****' pun ada selepas kita tak berminat nak layan. Memang kurang ajar. Nampak sangat nak menipu.
Satu lagi, selalu dapat panggilan telefon dari servis kad center, offer bermacam-macam kad VIP, kad previllge, kad diskaun dan bermacam-macam lagi la.
Jaga-jagalah rakan-rakan sekalian. Bertambah moden hidup kita, bertambah kreatif la penyamun-penyamun cyber di luar sana tu. Kadang-kadang kita terlalu susah untuk berkata "TIDAK", perkataan itu perlu jika kena pada tempatnya. Dengan satu perkataan itulah, duit kita akan selamat sekiranya kita bijak.
