BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat semua kaum tanggung akibat penyelewengan TH, kata Anwar

afwan83

Active+ Member
Messages
3,226
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,226
Reaction score
12
Points
25

Rakyat semua kaum tanggung akibat penyelewengan TH, kata Anwar​

2dd31939-1403-453a-baaf-73744014a331-tabung-haji-logo-290726-resize.jpg

Kerajaan dedah laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji, bulan lalu, beberapa tahun selepas siasatannya siap.

Beliau berkata perbuatan segelintir pihak yang didakwa menyeleweng dana institusi itu menyebabkan rakyat pelbagai kaum terpaksa menanggung akibatnya.

“Yang menyakau itu beberapa kalangan dan yang terpaksa bayar seluruh rakyat Malaysia.

“Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan terpaksa bayar kerana kerakusan dan penipuan mereka,” katanya dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Anwar yang juga presiden PKR bagaimanapun menegaskan tiada pihak harus dihukum sebelum siasatan selesai.

Menurutnya, badan penguatkuasaan perlu menjalankan siasatan secara profesional tanpa mengira kedudukan, parti atau kaum pihak terbabit.

“Jangan berlengah, bertolak ansur, jangan kira parti mana, jawatan mana, kaum mana. Salah menyakau, tangkap mereka,” katanya.

Anwar turut mempertahankan keputusan kerajaan mendedahkan laporan berkaitan TH, yang menurutnya dipersetujui Jemaah Menteri tanpa bantahan mana-mana anggota Kabinet.

Beliau juga mahu siasatan tidak terhenti kepada perkara yang berlaku sehingga 2020 sahaja.

“Ada orang tidak suka istilah sakau. Saya nak ulang, di Melaka memang ada sakau dalam TH. RM12 bilion hilang bukan sakau. Memang ada,” katanya.

Anwar turut mendakwa ada pihak yang takut isu itu dibahaskan secara terbuka selepas laporan berkenaan didedahkan sehingga memilih meninggalkan Parlimen.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan dan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan atas pembentangan berkaitan isu berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan siasatan dan sebarang tindakan lanjut adalah tanggungjawab badan penguatkuasaan serta institusi kehakiman.

Pada 8 Ogos, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH dijalankan “sehingga ke lubang cacing”.

Baginda turut menitahkan semua pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya dan langkah diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian menubuhkan pasukan petugas khas untuk meneliti laporan RCI itu dan membuat beberapa tangkapan bagi membantu siasatan.
 
dah keluar hospital ratib balik... bila time masuk parlimen pergi amik mc...
 
Back
Top
Log in Register