BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN abaikan tanggungjawab kepada pendeposit TH, kata Syed Saddiq

afwan83

Active+ Member
Messages
3,227
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,227
Reaction score
12
Points
25

PN abaikan tanggungjawab kepada pendeposit TH, kata Syed Saddiq​

8123f078-20f0-4839-be3e-0655ec65fd65-Syed-Saddiq-dewan-rakyat-parlimen-bernama-110826.jpg

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lebih 10 juta pendeposit Islam mengharapkan Ahli Parlimen memainkan peranan mencari penyelesaian menyeluruh bagi melindungi kepentingan mereka. (Gambar Bernama)

Ahli Parlimen Muar itu berkata persidangan tidak sepatutnya ditangguhkan hanya kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sihat kerana Ahli Parlimen lain masih mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan.

“Saya setuju perdana menteri perlu menjawab apabila beliau pulih. Saya juga setuju terdapat banyak kritikan yang berasas mengenai cara kerajaan mentadbir negara dan pelan pemulihan Tabung Haji.

“Tetapi Parlimen bukan pentas seorang individu. Hanya kerana perdana menteri sakit, tidak bermakna kita perlu berhenti bekerja.

“Kita dibayar gaji ribuan ringgit, pencen terjamin dan menerima pelbagai elaun untuk menjalankan peranan semak dan imbang.

“Tetapi kita gagal memainkan peranan itu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen PN keluar dari Dewan sebagai tanda bantahan terhadap persidangan yang diteruskan tanpa kehadiran Anwar.

Bekas presiden Muda itu berkata laporan RCI berkenaan bukan mengenai perdana menteri atau mana-mana parti politik, sebaliknya melibatkan kepentingan jutaan pendeposit TH.

“Hakikatnya, lebih 10 juta pendeposit Islam mengharapkan kita sebagai Ahli Parlimen memainkan peranan dan mencari penyelesaian menyeluruh supaya kepentingan serta maruah mereka dilindungi.

“Kalau ada fakta, bahaskan. Kalau ada salah laku, dedahkan.”

PAS mengetuai tindakan keluar Dewan itu, namun Ahli Parlimen Bersatu yang sehaluan dengan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kekal berada di dalam Dewan.

Laporan RCI itu dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum pada 29 Julai, kira-kira empat tahun selepas suruhanjaya berkenaan menamatkan siasatannya pada Julai 2022.

Laporan itu mendedahkan kelemahan serius dalam tadbir urus, pelaburan dan pengurusan kewangan TH, selain mengesyorkan rombakan besar terhadap organisasi berkenaan.
 
Nak tinggi hibah

Kalau nak rendah
Kwsp
Asb
Public mutual
Fd
Skrg ni aku igt nk pindah half dari simpanan TH aku masuk ke KWSP, lagi tinggi dividen. Tp tgu dulu kot2 kerajaan BNPN nnt mampu bagi hibah cecah 7-8% balik, mana nk tau keberkatan ekonomi hidayah pimpinan Ayatullah Mullah TGHH pemilik segala dalil dan hujah.
 
Skrg ni aku igt nk pindah half dari simpanan TH aku masuk ke KWSP, lagi tinggi dividen. Tp tgu dulu kot2 kerajaan BNPN nnt mampu bagi hibah cecah 7-8% balik, mana nk tau keberkatan ekonomi hidayah pimpinan Ayatullah Mullah TGHH pemilik segala dalil dan hujah.
Kalau tgk sejarah th. Memang bwh 4 je.. naik jd 8 jaman toyol kaki Sakkau

Bayar hibah pakai duit deposit hukum Haram da tu
 
Kalau tgk sejarah th. Memang bwh 4 je.. naik jd 8 jaman toyol kaki Sakkau

Bayar hibah pakai duit deposit hukum Haram da tu
Tu zaman jibayah mmglah. Ini zaman hidayah pimpinan hujjatul Islam Ayatullah Mullah TGHH, mungkin keberkatan memandu hibah menuju 7-8%. Mesti lazat hibah aku waktu tu.
 
Back
Top
Log in Register